Berita

Pelaksanaan PKPB wajar – Dr Adham Baba

Pelaksanaan PKPB wajar - Dr Adham Baba 1

Pelaksanaan PKPB wajar - Dr Adham Baba 2

Kota Tinggi: Langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah tindakan wajar dalam memerangi penularan Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah awal pencegahan dan kawalan perlu dilaksanakan sama ada merawat bagi yang positif mahupun mengenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order (HSO) bagi yang tidak bergejala.

“Melihat kepada data (gelombang ketiga Covid-19), perlu kita buat tindakan pantas dan berkesan, dan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) digunakan iaitu pencegahan dan kawalan. Mana yang positif kita rawat, mana yang tidak bergejala, kita letakkan bawah HSO.

“Kita lihat hari ini, terdapat kes-kes dikesan di beberapa tempat di Johor. Saya difahamkan Tenggaroh ada kes, Kluang dan juga Tangkak.

“Jadi PKPB ini satu negara kita buat untuk mengelak dan mencegah penularan lebih awal daripada terus merebak, langkah yang kita ambil ini adalah langkah awal.

“Jangan sampai esok kes naik mendadak baru tanya kenapa tidak buat awal,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja bagi meninjau Operasi Ujian Pengesanan Covid-19 di Dewan Semerah Padi Kampung Lukut, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad meminta kerajaan pusat mempertimbangkan bagi mengecualikan Johor daripada PKPB dan mengesyorkan supaya ia dilaksanakan secara bersasar.

Merujuk kepada Kluster Padang di Kota Tinggi yang dikesan pada 5 November lalu, Adham berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah itu hanya akan dilaksanakan sekiranya menjangkaui 40 kes positif Covid-19.

Katanya, sehingga kini, bagi Kluster Padang, sebanyak 34 kes positif Covid-19 dikesan membabitkan tujuh kawasan di empat mukim iaitu Sedili Kechil, Sedili Besar, Mukim Kota Tinggi dan Mukim Ulu Sungai Johor.

“Secara keseluruhannya, Kluster Padang kita sudah saring 800 orang dan untuk Kampung Lukut ini sahaja 16 kes sudah dikesan dan lebih kurang 300 disaring. Keputusan akan diketahui (dalam) satu atau dua hari,” katanya.

Pelaksanaan PKPB wajar - Dr Adham Baba 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo