Kuala Lumpur: “Saya disahkan positif Covid-19 sehari sebelum tarikh pernikahan di Raub, Pahang (kediaman pengantin perempuan) yang dijadualkan pada 2 Januari lalu,” kata Muhammad Azizi Sahril.
Penyelia logistik di syarikat swasta di Petaling Jaya berusia 27 tahun itu berkata, dia kerugian lebih RM15,000 berikutan majlis pernikahannya itu terpaksa dibatalkan.
Menurutnya, sebaik mengetahui keputusan disahkan positif, dia terus mengambil keputusan membatalkan pernikahan walaupun majlis sudah 100 peratus siap.
“Ketika keputusan jangkitan Covid-19 itu dikeluarkan, saya dan keluarga sudah berada di Raub bagi persiapan majlis, namun terpaksa berpatah balik.
“Ketika itu saya begitu risaukan keluarga tunang kerana tiga ahli keluarganya termasuk tunang dijangkiti dan dirawat di Hospital Raub.
“Saya tidak terlalu fikirkan diri, tetapi lebih memikirkan kedua-dua belah pihak keluarga yang sudah datang dari jauh dan membuat pelbagai persiapan,” katanya.
Muhammad Azizi berkata, berikutan itu, dia menjalani kuarantin kendiri di rumahnya di Cheras, sekali gus mengubah rutin harian terutama aktiviti fizikal dan pemakanan.
Menurutnya, pergerakan terhad dengan tidak dibenarkan keluar rumah atau bilik antara cabaran perlu ditempuhi dan ahli keluarganya menjadi pembantu terbaik buatnya.
Katanya, sepanjang 18 hari ‘terperap’ di bilik tidurnya, bukan saja keluarga, malah rakan sekerja dan sahabat sentiasa memberikan sokongan moral.
“Selama menjalani kuarantin kendiri, ahli keluarga yang tinggal bersama saya dalam satu rumah membantu menyediakan makanan berkhasiat dan keperluan diri.
“Walaupun badan agak lemah terpaksa makan tiga kali sehari dan amalkan pengambilan vitamin C serta banyak minum air kosong.
“Mereka meletakkan makanan di luar pintu bilik dan saya mengambil dan meletakkannya semula setelah selesai makan. Kemudahan tandas pula tiada masalah kerana bilik kuarantin saya mempunyai akses itu,” katanya.
Menurutnya, dia satu-satunya dalam ahli keluarga yang disahkan positif Covid-19 dan terpaksa menjalani kuarantin kendiri di rumah itu.
Katanya, setiap hari, dia menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengetahui status untuk ke pusat kuarantin disediakan kerana tidak mahu membahayakan ahli keluarga lain.
“Pada hari ke-18 kuarantin di rumah, baru saya dihubungi Klinik Kesihatan Cheras dan memaklumkan untuk hadir membuat pemeriksaan.
“Alhamdulillah, saya akhirnya diberi surat pelepasan kuarantin pada 18 Januari lalu,” katanya yang merancang untuk bernikah pada 21 Februari ini.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo