Infotainment

Pelancong Ke Langkawi Perlu Jalani ‘Swab Test’, SOP Terbaru Ini Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Pelancong Ke Langkawi Perlu Jalani ‘Swab Test’, SOP Terbaru Ini Raih Pelbagai Reaksi Netizen
Pelancong Ke Langkawi Perlu Jalani ‘Swab Test’, SOP Terbaru Ini Raih Pelbagai Reaksi Netizen 1

Pastinya ramai sudah tidak sabar untuk melancong ke Langkawi apabila Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri mengumumkan pembukaan semula Langkawi kepada pelancong tempatan dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Sebelum ini, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri mengatakan tiada keperluan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum berlepas ke Langkawi. Akan tetapi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan individu berusia 7 tahun ke atas perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sama ada PCR , RTK atau kit ujian kendiri saliva.

Menerusi pengumuman tersebut, anda boleh menjalani ujian saringan PCR atau RTK di mana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas. Selain itu, anda juga boleh membeli sendiri kit pemeriksaan dan jalani ujian pengesanan di tempat disediakan di lapangan terbang atau feri.

Bahkan, anda juga boleh membeli kit pemeriksaan melalui perkhidmatan yang disediakan di lapangan terbang atau terminal feri. Diingatkan agar membawa keputusan saringan COVID-19 wajib dibawa untuk membolehkan anda melancong ke Langkawi.

Pengumuman secara mengejut itu meraih pelbagai reaksi netizen dan ada segelintir netizen yang bersetuju dengan SOP terbaharu yang diberitahu. Malah, ada juga segelintir netizen berasa terkejut dengan pengumuman yang secara tiba-tiba itu.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mempersoalkan SOP yang baru sahaja diumumkan itu kerana tidak diberitahu awal. Malah, para netizen juga meluahkan perasaan seperti sudah tawar hati untuk melancong.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan pelancongan ke Langkawi yang bakal dibuka kepada pelancong mulai esok.

Langkawi Bakal Dibuka Semula Kepada Pelancong, Ini Garis Panduan Yang Perlu Anda Ketahui

Tempahan Hampir Penuh, Hotel 5 Bintang Di Langkawi Menjadi Rebutan Pelancong Selepas Pengumuman Pembukaan


Pelancong Ke Langkawi Perlu Jalani ‘Swab Test’, SOP Terbaru Ini Raih Pelbagai Reaksi Netizen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo