Artikel Terkini

Pelancong tidak peduli amaran, dihempap bongkah ais ketika memasuki gua

Pelancong tidak peduli amaran, dihempap bongkah ais ketika memasuki gua
Pelancong tidak peduli amaran, dihempap bongkah ais ketika memasuki gua 1

BUENOS AIRES – Sebuah rakaman memaparkan detik ngeri seorang pelancong terbunuh akibat bongkah ais besar ketika berjalan memasuki sebuah gua beku di Argentina, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Lelaki dipercayai berasal dari Brazil itu maut di lokasi kejadian apabila ketulan ais menghempap dirinya dalam tragedi yang dirakam oleh rakan sependakian mangsa. 

Tragedi itu berlaku di Gua Jimbo atau juga dikenali sebagai Gua Ais yang terletak di Lembah Andorra, dekat bandar paling selatan di dunia, Ushuaia pada Rabu lalu.

Kumpulan pendaki itu tidak mengendahkan papan tanda amaran supaya pengunjung menjauhi gua yang menjadi kawasan larangan itu demi keselamatan diri mereka.

Media tempatan menyiarkan rakaman mangsa yang identi­tinya tidak didedahkan, berjalan ke arah gua tersebut ketika seorang rakannya memberi amaran supaya dia dan pendaki lain berhati-hati.

Dalam klip video itu, ahli-ahli kumpulan pendaki itu berhenti dan mematuhi amaran yang diberikan.

Namun, mangsa kurang memberi perhatian dan terus berjalan ke arah gua sambil membuat rakaman menggunakan telefon bimbit.

Ketulan ais yang jatuh menghempap mangsa mempunyai saiz dua kali ganda dirinya.

Perakam segera menjatuhkan kamera sambil memberi amaran kepada rakan-rakan lain untuk berpatah balik dan mengelak sebarang bongkah ais yang jatuh.

Menurut sumber tempatan, perkhidmatan kecemasan dimaklumkan mengenai insiden itu sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) Rabu lalu. Mangsa sudah meninggal dunia apabila anggota penyelamat tiba di lokasi kejadian selepas mendaki sejauh 9.7 kilometer.

Pihak berkuasa tempatan memberi amaran tentang bahaya di kawasan berhampiran Gua Jimbo selepas kajian menunjukkan ia berisiko runtuh. – Agensi

 


Pelancong tidak peduli amaran, dihempap bongkah ais ketika memasuki gua 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo