Berita

‘Pelindung diri’ dalam kereta | Harian Metro

'Pelindung diri' dalam kereta | Harian Metro 1

'Pelindung diri' dalam kereta | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Tidak cukup dengan hanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, seorang pemandu e-hailing ini tampil dengan langkah tambahan dengan membuat sendiri ‘pelindung diri’ di dalam keretanya.

Video SOP tambahan yang dibuat sendiri pemandu e-hailing itu dikongsi Penuntut Diploma Kaunseling dan Penjagaan di Management and Science University (MSU), Wan Zulhelmi Wan Zohairi menerusi aplikasi Tik Tok.

Wan Zulhelmi, 21, berkata, video itu sebenarnya dimuatnaik 28 Ogos lalu dan tidak menyangka perkongsiannya mendapat perhatian warganet sehingga meraih jutaan tontonan.

Dia yang berasal dari Tanjung Karang, Kuala Selangor itu berkata, video itu sebenarnya milik rakan baik, Taarvindraj Ganasan, 19, yang juga jirannya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan memuat naik di akaun media sosialnya kerana menganggap langkah tambahan dipraktikkan pemandu itu menarik dan jarang dijumpai.

“Saya memang suka memuat naik video-video unik dan menarik di media sosial Instagram dan Tik Tok untuk ditonton sebagai hiburan.

“Bagi saya langkah keselamatan yang diambil pemandu itu sangat efektif dan berkesan memerangi Covid-19,” katanya kepada Harian Metro.

Taarvindraj (kanan) dan Wan Zulhelmi. FOTO ihsan Taarvindraj Ganasan
Taarvindraj (kanan) dan Wan Zulhelmi. FOTO ihsan Taarvindraj Ganasan

Sementara itu, rakannya, Taarvindraj yang juga penuntut universiti sama dalam bidang Sarjana Muda Forensik Komputer berkata, usaha tambahan diambil pemandu itu adalah suatu yang bagus dalam mencegah penularan virus kepada pemandu dan penumpang.

“Itu adalah usaha yang bagus, kita tidak tahu kemungkinan ahli keluarganya mempunyai imunisasi badan yang rendah sehingga memaksa dia untuk mengambil langkah tambahan ketika bekerja mencari rezeki.

“Saya selalu menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk pergi dan balik ke universiti.

“Itulah kali pertama saya berjumpa dengan pemandu e-hailing yang membuat pelindung diri buatan sendiri (DIY) di dalam keretanya,” katanya.

Katanya, video itu dirakam ketika menggunakan perkidmatan berkenaan dari Shah Alam ke Petaling Jaya, Selangor pada 6.30 petang, 27 Ogos lalu.

Terdahulu, perkongsian video dimuat naik Wan Zulhelmi itu tular sehingga ditonton lebih 1.2 juta kali.

Perkongsian itu turut meraih lebih 56,900 tanda suka, 600 komen dan dikongsi 2,500 pelayar.

'Pelindung diri' dalam kereta | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo