Berita

Peluang jurulatih tempatan terancam | Harian Metro

Peluang jurulatih tempatan terancam | Harian Metro 1

Peluang jurulatih tempatan terancam | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Ke mana hala tuju lebih 30 jurulatih tempatan yang memiliki lesen Pro AFC pada musim depan?

Persoalan terbabit timbul apabila kemungkinan sebahagian besar daripada kelompok jurulatih itu akan menganggur apabila trend terkini pasukan Liga Malaysia (Liga M) lebih berminat mengambil tenaga pakar daripada luar atau jurulatih muda untuk membimbing skuad mereka pada musim 2021.

Sekurang-kurangnya tujuh pasukan menggunakan khidmat jurulatih asing manakala pengarah teknikal turut dilantik dalam kalangan mereka atau jurulatih yang hanya memiliki lesen kelas A.

Antara pasukan yang hampir pasti menggunakan khidmat jurulatih luar musim depan termasuk Selangor, Perak, Johor Darul Ta’zim dan Kuala Lumpur.

Mendedahkan perkara terbabit, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan berkata, senario itu menyaksikan ruang pekerjaan membabitkan jurulatih lesen Pro AFC semakin sempit dengan rata-rata mungkin perlu berkelana ke luar negara bagi mencari peluang pekerjaan itu.

Beliau berkata, setiap jurulatih perlu menunggu sekurang-kurangnya 10 tahun untuk memiliki lesen berkenaan, namun rata-ratanya perlu berhadapan dengan kekecewaan apabila peluang pekerjaan atau tempatnya dalam pasukan tempatan diambil pengendali asing.

“Jika diikutkan setiap jurulatih yang memiliki lesen Pro AFC perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100,000, namun itu adalah risiko yang perlu ditanggung mereka walaupun tiada jaminan peluang pekerjaan.

“Saya bukanlah mempersoalkan tindakan pasukan mengambil jurulatih asing, namun jika mereka betul berkelayakan dan memiliki reputasi tinggi tidak mengapa, namun ada mengambil mereka dengan hanya memiliki pengalaman melatih budak sekolah saja.

“Peluang harus diberikan kepada mereka yang berkelayakan dan jangan disebabkan mereka datang dari luar negara dapat memberikan impak positif kepada pasukan atau mengangkat mereka sebagai jurulatih hebat,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Selain Sathia, antara jurulatih yang memiliki lesen Pro AFC termasuk Azuan Zain, Nidzam Jamil, Yusri Che Lah, Abu Bakar Fadzim, Sulaiman Husin, Mohamad Ishak Kunju Mohamad, Yunus Alif, Chong Yee Fat dan Norizan Bakar.

Mengulas lanjut, Sathia berkata, ada antara jurulatih asing hanya menjadikan Liga M sebagai ‘persinggahan’ atau mencari pengalaman sebelum berkelana ke liga negara lain.

“Ada antara mereka datang ke sini dengan tujuan mahu menimba pengalaman satu atau dua tahun sebelum ke negara lain.

“Sebab itu, mereka sanggup menerima gaji rendah saja sekali gus jurulatih tempatan yang berhempas pulas mendapat lesen Pro AFC dipinggirkan,” katanya.

Peluang jurulatih tempatan terancam | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo