Infotainment

Pelukis Ini Hasilkan Pelitup Muka Persis Wajah Sebenar Demi Kelangsungan Hidup

Pelukis Ini Hasilkan Pelitup Muka Persis Wajah Sebenar Demi Kelangsungan Hidup 1

Pelukis Ini Hasilkan Pelitup Muka Persis Wajah Sebenar Demi Kelangsungan Hidup 2

Pelitup muka sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian kita ketika ini. Artis dari Brazil ini melihat peluang yang menarik untuk menghasilkan pelitup muka yang mirip dengan wajah si pemakai.

Jorge Roriz, pelukis berusia 65 tahun ini sememangnya sangat dikenali di Brazil. Selain melukis, beliau juga mempunyai bakat dalam penghasilan kostum dan kereta berhias untuk pesta keramaian karnival di Rio de Janeiro.

pelitup-pelitup-roriz-data

SUMBER: BERITA MEDIACORP

Ketika ini, Brazil telah mencatatkan 5.88 juta kes COVID-18 dengan jumlah kematian seramai 166,000 orang. Akibat pandemik ini, segala pesta keramaian di Brazil terpaksa dibatalkan dan Jorge Roriz berasa buntu untuk mencari sumber pendapatan.

Justeru itu, timbul satu idea di mana beliau ingin berkarya bukan pada kertas lukisan tetapi pelitup muka sebagai bahan untuk beliau meluahkan bakat seninya.

90330121_RI-Rio-de-Janeiro-RJ-02-11-2020-Jorge-Roriz-e-artista-plastico-e-faz-sucesso-com-mascar

GAMBARAN JORGE RORIZ YANG SEDANG MENAMBAHKAN PERINCIAN PADA PELITUP MUKA PELANGGANNYA. SUMBER: reuters

“Saya tidak mahu manusia hilang identiti wajah yang telah dicipta. Wajah mencerminkan identiti bukan pelitup muka,” ujar Roriz yang turut memakai pelitup muka yang saling tidak ‘tumpah’ dengan wajah asli beliau dari segi kedutan warna kulit, bentuk hidung, mulut hinggalah misai putihnya.

Dikhabarkan Roriz telah menerima pelbagai reaksi positif daripada pelanggannya. Untuk menempah pelitup muka Roriz, pelanggan hanya perlu menghantar gambar wajah mereka melalui telefon pintar. Ciri-ciri wajah anda akan ditiru semula secara teliti dengan menggunakan calitan berus dan cat khas.

Sekilas pandang, wajah anda tidak akan dapat dibezakan sama ada anda pakai pelitup muka mahupun tidak kerana pelitup muka yang dihasilkan oleh Roriz sangat mirip wajah anda. Unik, bukan?

Inovasi ini bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk sentiasa memakai pelitup muka malahan ia juga meningkatkan pendapatan beliau yang juga terkesan akibat pandemik ini.

Mungkin pelukis tanah air boleh menjadikan Roriz inspirasi untuk hasilkan pelitup muka unik bagi pasaran tempatan. Jika ada servis seperti ini di Malaysia, adakah akan beri sokongan?

Berikut beberapa perkongsian kami yang trending beberapa hari yang lalu. Klik pautan untuk membacanya.

Buka ‘Mask’ Untuk Minum Air, Dua Lelaki Di Parit Buntar Didenda RM1,000

‘Face Mask’ Murid Kotor Dan Berjahit, Niat Murni Guru Ini Dapat Perhatian Netizen

Takut Disaman, Pakcik Ini Terpaksa Selongkar Timbunan Sampah Untuk Cari ‘Face Mask’


 

 

 



Pelukis Ini Hasilkan Pelitup Muka Persis Wajah Sebenar Demi Kelangsungan Hidup 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo