Berita

Pemandu lori didakwa bunuh anak tiri

Pemandu lori didakwa bunuh anak tiri 2

Tampin: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh anak tiri perempuannya, 1 Februari lalu.

Abu Hassan Darus, 30, dari Kampung Halacara Baru, Londah, Gemas, dekat sini, didakwa melakukan kesalahan itu antara 3 hingga 5 petang pada 1 Februari, sehingga menyebabkan kematian anak tirinya berusia empat tahun itu.

Dia yang juga pemandu lori simen itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Tiada pengakuan daripada tertuduh direkodkan dan dia mengangguk faham ketika kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Majistret Tan Chai Wei menetapkan 25 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes yang akan disebut di Mahkamah Majistret Gemas bagi tujuan serahan laporan forensik bedah siasat dan kimia.

Kes dikendalikan Pendakwa Raya Ahmad Sazali Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Lelaki itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Bagaimanapun mahkamah bersetuju agar tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Abu Hassan ditahan kira-kira 10 malam pada 9 Februari lalu, di hadapan balai polis ketika menunggu isteri dan seorang lagi anak tirinya berusia sembilan tahun yang dipanggil memberi keterangan.

Media sebelum ini melaporkan, kanak-kanak berusia empat tahun itu mati akibat didera selepas bedah siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan ada kesan lebam di kedua-dua pergelangan tangan serta kaki, selain kesan gigitan di badan manakala tiga tulang rusuk kirinya patah.

Pemandu lori didakwa bunuh anak tiri 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo