Infotainment

Pemandu Nyaris Rempuh Suzuki Swift Yang Nekad Masuk Lorong Motosikal

Pemandu Nyaris Rempuh Suzuki Swift Yang Nekad Masuk Lorong Motosikal
Pemandu Nyaris Rempuh Suzuki Swift Yang Nekad Masuk Lorong Motosikal 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Semua orang sedia maklum lorong motosikal dibina khas untuk kenderaan tersebut. Namun terdapat segelintir pengguna kenderaan bertayar empat tetap ‘berdegil’ mahu menggunakan lorong terbabit.

Seorang pengguna jalan raya nyaris melanggar sebuah Suzuki Swift yang secara tiba-tiba membelok masuk ke lorong motosikal dari jalan utama. Setelah ‘dihon’ dengan kuat, Suzuki Swift itu meneruskan perjalanan masuk ke dalam lorong motosikal seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Tindakan berbahaya dan melulu yang dilakukan oleh pemandu Suzuki Swift itu mendapat kecaman dan kritikan daripada netizen.

Pada masa sama, orang ramai juga kehairanan mengapa pemandu kereta itu memilih untuk menggunakan lorong motosikal walaupun lorong tersebut khas untuk kenderaan bertayar dua.

Ada yang mendakwa dia mendengar arahan aplikasi penunjuk arah Waze sehingga menyebabkan pemandu itu nekad menggunakan lorong motosikal yang kecil dan sempit itu.

Pemandu Nyaris Rempuh Suzuki Swift Yang Nekad Masuk Lorong Motosikal 2

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Pemandu Nyaris Rempuh Suzuki Swift Yang Nekad Masuk Lorong Motosikal 4

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Pemandu Nyaris Rempuh Suzuki Swift Yang Nekad Masuk Lorong Motosikal 6

Sumber Gambar: Facebook DashCam Owners Malaysia

Setakat artikel ini ditulis, netizen masih lagi berkongsi rasa tidak puas hati pada hantaran asal video tersebut dan sudah lebih 300 perkongsian semula oleh warganet.

Jika benar tindakannya itu berpunca daripada ralat aplikasi telefon pintar, semoga ia dijadikan pengajaran berguna buat pemandu Suzuki Swift itu supaya jangan terlalu ‘lurus’ kerana tindakannya itu hampir menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini ada sebuah Toyota Vios bukan sahaja menggunakan lorong motosikal, bahkan pemandu itu turut melawan arus. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tiba-Tiba Keluar Dari Terowong, Lihat Aksi Berbahaya Kereta Ini Melawan Arus Di Lorong Motosikal

Pemandu Axia Disaman Setelah Salah Guna Laluan Motosikal


Pemandu Nyaris Rempuh Suzuki Swift Yang Nekad Masuk Lorong Motosikal 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list