Infotainment

Pematerian Bermasalah Adalah Sebab Mengapa Sejumlah Kad Grafik RTX 3090 Mati Sewaktu Ujian Beta New World

Pematerian Bermasalah Adalah Sebab Mengapa Sejumlah Kad Grafik RTX 3090 Mati Sewaktu Ujian Beta New World
Pematerian Bermasalah Adalah Sebab Mengapa Sejumlah Kad Grafik RTX 3090 Mati Sewaktu Ujian Beta New World 1

Pada penghujung bulan Julai, kami ada melaporkan bahawa sejumlah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 telah mati apabila bermain permainan MMORPG New World. Ia adalah sebuah isu yang dikatakan cukup menghairankan kerana tiada sesiapa pada waktu tersebut mengetahui mengapa ia berlaku.

Ia kemudiannya disahkan bahawa permainan tersebut membuatkan sebahagian daripada kad-kad grafik ini untuk tidak menggerakkan kipas sewaktu memainkannya, dan suhu cip pemprosesan grafik yang panas menjadi terlalu panas, dan ini membunuh kad grafik tersebut.

EVGA diantara kad grafik yang paling terkesan dengan isu ini, dan mereka telah mengesahkan baru-baru ini bahawa isu utama mengapa perkara ini berlaku kepada kad grafik mereka ialah kerana pematerian bermasalah ketika kad-kad grafik ini dibangunkan.

Pematerian yang bermasalah ini, yang dikatakan sekitar lokasi VRM (Voltage Regulator Module) yang mengawal arus elektrik yang megalir kepada papan menyebabkan isu litar pintas dan apabila penyejukan kepada komponen ini tidak memadai apabila ia sedang mengalirkan arus elektrik yang tinggi,

EVGA juga mengesahkan bahawa isu pematerian ini hanya berlaku untuk kad-kad grafik yang dibangunkan pada tahun 2020 sahaja, selepas menyelidik komponen-komponen yang terkesan dengan masalah ini. Selain daripada itu, mereka juga telah mengeluarkan kemaskini perisian yang memperbaiki isu pengawal kipas penyejukan pada kad grafik tersebut.

Sumber: PC World

Pematerian Bermasalah Adalah Sebab Mengapa Sejumlah Kad Grafik RTX 3090 Mati Sewaktu Ujian Beta New World 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo