Berita

Pembiayaan PKS hingga RM5juta | Harian Metro

Pembiayaan PKS hingga RM5juta | Harian Metro 1

Pembiayaan PKS hingga RM5juta | Harian Metro 2

PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM5 juta daripada dana Kemudahan Teknologi Tinggi Bank Negara Malaysia (BNM) – Aspirasi Pelaburan Nasional (HTF-NIA) bernilai RM1 bilion.

Ia meliputi pembiayaan sehingga RM1 juta untuk tujuan modal kerja sehingga RM5 juta bagi membiayai perbelanjaan modal atau gabungan perbelanjaan modal kerja dan modal sehingga RM5 juta untuk tempoh sehingga tujuh tahun.

BNM dalam kenyataan berkata, kemudahan itu ditawarkan pada kadar pembiayaan sehingga 3.5 peratus setahun untuk pinjaman tanpa jaminan atau sehingga 5.0 peratus setahun termasuk yuran jaminan (dengan perlindungan jaminan daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC).

Kemudahan itu disediakan mulai 15 Disember 2020 hingga 31 Disember 2021 atau sehingga ia habis digunakan sepenuhnya (yang mana lebih awal).

“HTF-NIA yang diumumkan sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2021 adalah usaha untuk memberi bantuan tambahan kepada PKS yang terjejas akibat Covid-19.

“Kemudahan ini bertujuan menyokong PKS berteknologi tinggi dan berteraskan inovasi yang terjejas akibat Covid-19 untuk pulih dan menghidupkan semula kapasiti inovasi negara.

“Ini adalah penting bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia yang kompetitif dalam rantaian nilai global, memelihara ekosistem rantaian penawaran dan melindungi pekerjaan berkemahiran tinggi,” katanya.

Menurutnya, PKS yang layak termasuk mereka yang berada dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berteknologi tinggi sejajar dengan matlamat yang ingin dicapai dalam pembangunan jangka panjang strategik kebangsaan seperti yang termaktub dalam NIA.

Ia termasuk perniagaan dalam industri sektor elektrik dan elektronik (E&E), aeroangkasa, farmaseutikal, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta firma berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyokong pembangunan teknologi baharu.

“Peserta projek PKS dalam program penting kerajaan yang terlibat dalam penyelidikan, pembangunan dan inovasi untuk teknologi yang diberi keutamaan dalam rangka tindakan kebangsaan, daripada teknologi berkaitan IR4.02, teknologi hijau dan bioteknologi bagi memastikan kesinambungan dan penyiapan projek yang sedang berjalan,” kata BNM.

PKS yang berminat boleh memohon terus kepada institusi kewangan yang berkenaan yang merangkumi bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia BNM melalui laman web mereka atau dengan melawat cawangan mereka.

Pembiayaan PKS hingga RM5juta | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo