Artikel Terkini

Pemilihan Umno: Kes berat, ringan tak lebih 5% setakat ini, kata Zahid

Pemilihan Umno: Kes berat, ringan tak lebih 5% setakat ini, kata Zahid
Pemilihan Umno: Kes berat, ringan tak lebih 5% setakat ini, kata Zahid 1

Presiden Umno Zahid Hamidi berpuas hati dengan perjalanan pemilihan partinya yang berlangsung semalam.

Pemilihan Umno: Kes berat, ringan tak lebih 5% setakat ini, kata Zahid
Presiden Umno Zahid Hamidi berpuas hati dengan perjalanan pemilihan partinya yang berlangsung semalam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Tidak lebih daripada 5% kes berat atau ringan membabitkan pemilihan parti diterima jawatankuasa pemilihan Umno (JPU) setakat ini, kata Zahid Hamidi.

Beliau yang juga presiden Umno berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan pemilihan partinya yang berlangsung semalam, di 189 bahagian seluruh negara serta melibatkan 160,000 perwakilan.

“Aduan-aduan yang kita terima itu kita jumpa dengan pengadu serta pihak yang diadu dan terdapat aduan ditarik dan mereka terima keputusan yang dibuat oleh badan perwakilan.

“Saya berpuas hati tapi perlu penelitian dan kita mesti berlaku adil pada setiap calon dan juga perwakilan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno malam tadi.

Sementara itu, Zahid berkata pihaknya maklum tentang kekecohan di Umno Johor Bahru dan Lahad Datu, dan perkara itu telah dibincangkan dengan Pengerusi JPU Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata wakil JPU berada pada setiap pemilihan untuk memantau dan melapor kepada jawatankuasa pusat untuk siasatan.

Zahid berkata JPU akan meneliti sekiranya terdapat keperluan untuk merujuk kes kepada lembaga disiplin Umno, dan mengadakan pemilihan semula jika perlu.

Ketua Penerangan Isham Jalil malam tadi memaklumkan keputusan penuh pemilihan naib presiden, pengerusi tetap dan timbalan, dan ahli majlis kerja tertinggi Umno mungkin diketahui awal pagi ini.

Proses pemilihan bagi Umno Johor Bahru ditangguh dan digantung selepas berlaku dakwaan kertas undi melebihi jumlah perwakilan yang hadir.

Mesyuarat Umno Lahad Datu pula kecoh selepas beberapa penyokong calon yang bertanding dilaporkan bergaduh.

Pemilihan Umno: Kes berat, ringan tak lebih 5% setakat ini, kata Zahid 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo