Infotainment

Pemilik Nombor Plat ‘Fancy’ Boleh Didenda Tidak Lebih RM3,000 Jika Bersalah

Pemilik Nombor Plat ‘Fancy’ Boleh Didenda Tidak Lebih RM3,000 Jika Bersalah
Pemilik Nombor Plat 'Fancy' Boleh Didenda Tidak Lebih RM3,000 Jika Bersalah 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Umum ramai mengetahui penggunaan nombor play ‘fancy’ pada mana-mana kenderaan adalah dilarang serta salah dari segi undang-undang jalan raya Malaysia.

Namun, masih ramai yang berdegil tetap menggunakan nombor plat pelbagai jenis reka bentuk sehingga menyukarkan pelbagai pihak untuk mengenal pasti nombor pendaftaran jika kenderaan tersebut terlibat dalam apa-apa insiden.

Pada pagi tadi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya telah memuat naik peringatan di Facebook rasmi mereka mengenai kesalahan penggunaan nombor plat ‘fancy’, kabur atau mengelirukan ini.

Pemilik Nombor Plat 'Fancy' Boleh Didenda Tidak Lebih RM3,000 Jika Bersalah 2

Sumber Gambar: Laman Web JPJ

Tambah pihak JPJ lagi, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pemilik kereta bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ. Jika didapati bersalah, pemilik bakal dikenakan hukuman tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.

Orang ramai juga disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’ di alamat email [email protected] bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan bagi memudahkan pihak JPJ mengambil tindakan.

Sistem ‘JPJeBid’ telah membantu untuk meraih jumlah majoriti pendapatan pihak JPJ pada tahun 2020 ekoran orang ramai boleh membida mana-mana negeri. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

JPJ Raih Pendapatan RM4.1 Bilion Dengan Sistem JPJeBid Sebagai Penyumbang Terbesar

JPJ Negeri Kedah Berjaya Capai Sasaran, Nombor Pendaftaran ‘KFC’ Raih Kutipan Lebih RM2 Juta


Pemilik Nombor Plat 'Fancy' Boleh Didenda Tidak Lebih RM3,000 Jika Bersalah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo