Infotainment

Pemilik Rumah Amanah Sedia Jaga 40 Ekor Kucing Peliharaan Allahyarham Adibah Noor

Pemilik Rumah Amanah Sedia Jaga 40 Ekor Kucing Peliharaan Allahyarham Adibah Noor
Pemilik Rumah Amanah Sedia Jaga 40 Ekor Kucing Peliharaan Allahyarham Adibah Noor 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Industri hiburan tanah air semalam dikejutkan dengan pemergian pelakon dan penyanyi berbakat negara, Adibah Noor. Adibah Noor meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang sekitar jam 6.30 petang tadi akibat kanser ovari tahap empat.

Berita duka dan mengejutkan ini disahkan oleh rakan artis, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal di laman Facebook miliknya semalam.

Peminat setia Adibah Noor tahu Allahyarham sangat sayangkan kucing dan membela lebih 40 ekor kucing di rumahnya. Semasa hidupnya, Allahyarham pernah berkata sifatnya yang terlalu menyayangi haiwan itu membuatkan dia tidak berkira mengenai wang yang dihabiskan untuk keperluan kucing kesayangannya.

Justeru itu, peminatnya berkata apa nasib yang bakal menimpa kepada kucing peliharaan Adibah Noor. Dalam satu perkongsian oleh penjaga Rumah Amanah; Hashman Don berkata Rumah Amanah bersedia untuk menjaga semua kucing peliharaan Adibah Noor sekiranya tiada pihak yang mahu membelanya.

“Tiada masalah jika kucing-kucing arwah lebih 40 ekor nak berteduh di Rumah Amanah di Hulu Langat, Selangor Syarat utama No. 1 adalah Kematian Tuan Kucing. Warisnya bolehlah PM saya. Tak perlu bayar apa-apa dan tak perlu bagi makanan kucing-kucing itu setiap bulan. Malah setiap hari Ahad dari pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang adalah hari melawat. Terbuka kepada umum,” tulis Hashman.

Kenyataan yang dibuat menerusi page Anugerah Mahligai Arah Nasib Abadi Haiwan itu telah menerima lebih 3,000 perkongsian dan menerjah di ruangan komen, ramai yang mahu membantu dan menghulurkan sumbangan kepada Rumah Amanah.

Encik Hashman mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mahu menyumbang dan berkata beliau tidak pernah meminta sumbangan secara umum sebelum ini. “Minta maaf kepada yg meminta bank akaun. Biarlah pihak saya mengambil kucing-kucing arwah dahulu. Saya sudi terima, tak pasti jika ada waris-warisnya nak jaga,” tulis Hashman.

Encik Hashman Don sebelum ini pernah menulis syarat utama untuk menempatkan kucing di Rumah Amanah;
1. Kematian Tuan Kucing di mana warisnya tidak dapat sambung menjaga kucing-kucing arwah
2. Tuan kucing berada di ICU/koma
3. Tuan kucing uzur dan sedang menerima rawatan di hospital

Semoga urusan penjagaan kucing-kucing Allahyarham Adibah Noor dapat diuruskan dengan baik. Buat anda yang mahu memberi sumbangan ikhlas buat Rumah Amanah, boleh berhubung secara terus dengan Encik Hashman di sini.

Takziah kepada keluarga Allahyarham dan didoakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Semoga Allahyaham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Di bawah merupakan kisah kucing yang patah hati setelah tuannya meninggal dunia. Baca lagi pada pautan di bawah.

Kisah Kucing Yang Patah Hati Setelah Tuannya Meninggal Dunia

Saya Geli Pegang Kucing Tapi Rezeki Saya Mencurah-Curah Lepas Lakukan Ini

Kekurangan Makanan, Pulau Kucing Ini Dibantu Rakyat Jepun Melalui Twitter


Pemilik Rumah Amanah Sedia Jaga 40 Ekor Kucing Peliharaan Allahyarham Adibah Noor 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list