Infotainment

Peminat Kereta Teruja Saga Iswara 1994 Ditemui Dalam Keadaan Hampir Baharu Di UK

Peminat Kereta Teruja Saga Iswara 1994 Ditemui Dalam Keadaan Hampir Baharu Di UK
Peminat Kereta Teruja Saga Iswara 1994 Ditemui Dalam Keadaan Hampir Baharu Di UK 1

Pada bulan lalu kereta Proton Saga Black Knight 1989 menjadi bualan orang ramai apabila model tersebut yang dimiliki oleh seorang lelaki berusia 30 tahun telah berjaya memenangi tempat pertama dalam acara pameran kereta klasik di UK.

Baru-baru ini pula, Matt Richardson seorang YouTuber saluran ‘Furious Driving’ telah berkongsi video penemuan model Proton Iswara buatan tahun 1994 dalam keadaan sangat baik yang telah terbiar dalam bangsal sejak 10 tahun lalu.

Difahamkan kereta Proton Iswara tersebut dibeli oleh salah seorang lagi YouTuber, Stephanie Holloway dari saluran ‘idriveaclassic’ dan mereka berada di sana untuk melihat keadaan sebenar kereta itu dan membawanya pulang.

Kereta tersebut baru sahaja bergerak sejauh 17,259km selepas di beli baru pada tahun 1994 dan telah tersimpan di dalam sebuah bangsal tanpa terdedah kepada cahaya, hujan mahupun salji sepanjang 10 tahun.

Pada awalnya keluarga pemilik asal Proton Iswara ini sudah mempunyai niat untuk sekerap kereta ini, namun salah seorang ahli keluarga tersebut memberikan cadangan agar menjual sahaja kereta itu kepada peminat kereta klasik.

Ternyata kedua-dua video YouTube yang dimuat naik oleh kedua-dua YouTuber ini telah menarik perhatian peminat kereta klasik daripada seluruh dunia. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana berjaya menjumpai kereta lama terbiar yang masih lagi dalam keadaan baik seperti kereta ‘baharu’ keluar daripada kilang.

Bahkan ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi mereka yang pernah menaiki atau memiliki kereta jenama Proton. Kata mereka, jenama tersebut merupakan satu kebanggaan buat rakyat Malaysia.

Peminat Kereta Teruja Saga Iswara 1994 Ditemui Dalam Keadaan Hampir Baharu Di UK 2

Sumber Gambar: YouTube idriveaclassic

Peminat Kereta Teruja Saga Iswara 1994 Ditemui Dalam Keadaan Hampir Baharu Di UK 4

Sumber Gambar: YouTube Furious Driving

Peminat Kereta Teruja Saga Iswara 1994 Ditemui Dalam Keadaan Hampir Baharu Di UK 6

Sumber Gambar: YouTube Furious Driving

Peminat Kereta Teruja Saga Iswara 1994 Ditemui Dalam Keadaan Hampir Baharu Di UK 8

Sumber Gambar: YouTube Furious Driving

“Semua orang di Malaysia pasti sedang cemburu dengan saya,” kata Stephanie di dalam video dimuat naik pada saluran YouTube miliknya.

Ternyata penemuan tersebut membuatkannya berasa sangat gembira dan beliau turut berkongsi perancangannya untuk membaik pulih beberapa bahagian bagi memastikan keadaan kereta tersebut sama seperti baru keluar daripada kilang.

Siapa sangka walaupun kereta Proton Iswara sudah berusia 27 tahun, ia masih mendapat perhatian pengumpul-pengumpul kereta lama daripada seluruh dunia yang masih lagi menghargai khazanah kereta buatan Malaysia.

Pada bulan lalu seorang lelaki berjaya merangkul tempat pertama setelah Proton Saga Knight 1989 berjaya menarik perhatian para juri. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Model ‘Rare’ Proton Saga Ini Menang Tempat Pertama Di Pameran Kereta Antarabangsa

Gambar ‘Bergaya’ Lelaki Arab Bersama Proton Wira Raih Perhatian Peminat Kereta Tempatan


Peminat Kereta Teruja Saga Iswara 1994 Ditemui Dalam Keadaan Hampir Baharu Di UK 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo