Infotainment

Peminat Kurang Senang Dengan Cara YG Entertaiment ‘Jaga’ Kebajikan Artis K-Pop


YG Entertainment merupakan antara syarikat rakaman gergasi di Korea Selatan. Dikenali sebagai the big 3, syarikat rakaman ini telah melahirkan banyak bakat-bakat besar yang cukup terkenal dalam industri hiburan Korea.

Terbaharu, perkongsian di satu forum mendapat perhatian K-Nets (netizen Korea) dimana telah memuji kecekapan YG Entertainment dalam menjaga kebajikan artis di bawah naungannya.

Menerusi satu laporan media, YG Entertainment dikhabarkan menjaga kebajikan artis di bawah naungannya dengan memberikan bilik berasingan, kemudahan yang pelbagai dan juga bayaran lebih lumayan berbanding agensi rakaman lain.

Screenshot 2020-11-13 150318

SUMBER: ALLKPOP

Bukan itu sahaja, laporan itu turut mengatakan K-Nets memuji penata gaya kumpulan BlackPink kerana stail rambut dan makeup yang ditonjolkan cukup cantik.

Akan tetapi, para K-Nets yang membaca laporan media allkpop itu tidak bersetuju dengan ‘kebaikan’ yang dinyatakan, lalu mencetuskan perdebatan dalam kalangan para peminat K-Pop di seluruh dunia.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang memuji cara syarikat rakaman tersebut menjaga kebajikan dan ada juga menegaskan ianya seperti satu ‘jenaka’ terutama sekali syarikat rakaman tersebut pernah terpalit pelbagai skandal.

Screenshot YG comment 2

SUMBER: ALLKPOP

Screenshot YG comment 5

SUMBER: ALLKPOP

Screenshot YG comment twitter

SUMBER: TWITTER

Screenshot YG comment twitter 2

SUMBER: TWITTER

Tidak hanya itu, para netizen juga ada yang mengatakan bahawa ini hanyalah media play oleh YG Entertainment untuk membersihkan namanya. Malah, rata-rata netizen juga menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap syarikat rakaman tersebut disebabkan layanan dan pengurusan YG Entertainment kepada artis naungannya.

Bagi peminat K-Pop pastinya tahu bagaimana layanan YG Entertainment kepada artisnya. Adakah anda rasa ia hanya sekadar media play oleh syarikat rakaman gergasi tersebut bagi membersihkan namanya?

Khabarnya, G-Dragon akan kembali dengan album solo terbaharu! Klik pautan di bawah untuk membaca!

Siap Sedia VIP, G-Dragon Bakal Kembali Dengan Album Solo

Pernah Ditipu Agensi Sebelum Jadi Bintang K-Pop Terkenal, Kisah IU Ini Pasti Buat Anda Sebak

Lisa Blackpink: Bagaimana Seorang Rakyat Thailand Mampu Menjadi Ikon KPOP?






Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo