Infotainment

Penampakan ‘Lembaga Putih’ Tumpang Pacuan Empat Roda Timbul Tanda Tanya Ramai

Penampakan ‘Lembaga Putih’ Tumpang Pacuan Empat Roda Timbul Tanda Tanya Ramai
Penampakan 'Lembaga Putih' Tumpang Pacuan Empat Roda Timbul Tanda Tanya Ramai 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Walaupun sudah masuk tahun 2022, perkara-perkara mistik masih ada lagi ‘berlaku’ dalam kehidupan seharian kita semua. Lebih-lebih lagi apabila kita memandu pada waktu malam.

Terbaharu, pelakon dan pelawak terkenal, Ajak Shiro telah berkongsi satu rakaman video ‘seram’ menerusi Instagram dan TikTok miliknya di mana ada satu susuk berwarna putih berada di atas pacuan empat roda (4×4).

@ajakshiro_

#seram #pulangkan #apatu #guraukasarwei #menunpang

♬ Pulangkan (feat. Izzad Izzudin) – Misha Omar

“Tengok sampai habis. Gurau halus pula malam-malam ini. Apa tu?” tiada butiran lanjut yang dikongsikan oleh Ajak Shiro, melainkan caption tersebut pada hantaran Instagram miliknya.

Orang ramai memberikan pelbagai pandangan masing-masing setelah melihat video susuk berwarna putih bersaiz agak besar dan tinggi itu kelihatan hanya ‘berdiri tegak’ sahaja di atas kereta 4×4 itu.

Ada yang percaya bahawa susuk berwarna putih itu merupakan makhlus halus, ini berdasarkan pengalaman mereka sendiri apabila makhlus halus itu ‘menumpang tanpa diundang’ pada kenderaan mereka.

Pada masa yang sama, ada mendakwa benda itu cumalah barangan seperti tangga panjang atau peti ais yang dibungkus dengan plastik berwarna putih. Mungkin pemandu pacuan empat roda itu dalam perjalanan menghantar barangan tersebut.

Penampakan 'Lembaga Putih' Tumpang Pacuan Empat Roda Timbul Tanda Tanya Ramai 2

Sumber Gambar: Instagram Ajak Shiro

Penampakan 'Lembaga Putih' Tumpang Pacuan Empat Roda Timbul Tanda Tanya Ramai 4

Sumber Gambar: Instagram Ajak Shiro

Penampakan 'Lembaga Putih' Tumpang Pacuan Empat Roda Timbul Tanda Tanya Ramai 6

Sumber Gambar: Instagram Ajak Shiro

Penampakan 'Lembaga Putih' Tumpang Pacuan Empat Roda Timbul Tanda Tanya Ramai 8

Sumber Gambar: Instagram Ajak Shiro

Penampakan 'Lembaga Putih' Tumpang Pacuan Empat Roda Timbul Tanda Tanya Ramai 10

Sumber Gambar: Instagram Ajak Shiro

Penampakan 'Lembaga Putih' Tumpang Pacuan Empat Roda Timbul Tanda Tanya Ramai 12

Sumber Gambar: Instagram Ajak Shiro

Sehingga kini ‘susuk putih’ itu menjadi tanda tanya ramai. Mungkin ianya cumalah barangan yang dibalut plastik putih, pada masa sama tidak mustahil ianya entiti dari alam sebalik mata.

Apa-apa pun jika kita perlu memandu pada waktu malam, lebih-lebih pada waktu lewat malam atau awal pagi, bacalah doa. Semoga kita sentiasa dilindungi daripada sebarang gangguan, serta selamat pergi dan sampai ke destinasi yang hendak dikunjungi.

Baca lagi kisah-kisah seram dan mistik yang pernah dialami sendiri oleh orang ramai menerusi pautan di bawah.

Lelaki Jumpa ‘Makhluk Kepala Senget’ Selepas Pulang Memancing Cetus Pertikaian Ramai

Lembaga Putih Muncul Dan Lampu Padam, Proses Tangkap ‘Saka Pocong’ Buat Netizen Seram

Entiti Misteri Dirakam Bertenggek Atas Lori Sampah Jadi Bualan Netizen


Penampakan 'Lembaga Putih' Tumpang Pacuan Empat Roda Timbul Tanda Tanya Ramai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list