Berita

Penangan Rahimah Tanpa Rahim | Harian Metro

Penangan Rahimah Tanpa Rahim | Harian Metro 2

SEJAK minggu lalu, garis masa Facebook serta beberapa platform media sosial mula bertebaran dengan luahan rasa penuh emosi yang bercampur baur dalam kalangan peminat dan pengikut setia drama tempatan.

Ini semua berlaku gara-gara drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim yang mencetuskan pelbagai kontroversi, persoalan, bahkan kekacauan emosi buat penonton.

Ada yang marah, ada yang geram, ada yang tak faham, semuanya diluahkan mereka mengenai drama arahan Eoon Shuhaini itu.

Membariskan barisan pelakon hebat seperti Puteri Aishah, Azlee Khairi, Ezzaty Abdullah, Hafidz Roshdi dan Mustaqim Bahadon, drama Rahimah Tanpa Rahim mengisahkan mengenai Rahimah lakonan Puteri Aishah, yang diuji dengan penyakit sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH).

Tidak hanya itu, Rahimah juga diuji dengan layanan dingin ibu tirinya, serta kemudian diduga dengan rumah tangga bersama suami, Jauhar.

Antara pelakon yang sudi berkongsi pendapat mengenai drama yang masih ditayangkan ini ialah pelakon, Zila Bakarin.

Menurut pelakon yang popular dengan karakter antagonis itu, ada jalan cerita yang boleh diperbaiki.

“Saya tak terlalu mengikuti drama ini, tapi ada juga saya berkesempatan menonton dan ia benar-benar membuatkan saya beremosi. Dalam satu babak yang saya tonton, ia umpama menunjukkan kelemahan seorang suami.

“Kalau tanya pendapat saya, babak yang saya sempat tonton itu ialah ketika suami Rahimah membawa pulang anak angkat. Kemudian, anaknya terbangun pada waktu malam dan Rahimah menguruskan anaknya.

ZILA akui dia beremosi juga menonton drama Rahimah Tanpa Rahim.
ZILA akui dia beremosi juga menonton drama Rahimah Tanpa Rahim.

“Sementara itu, suaminya berpindah dan tidur di bilik lain. Dari situ, dah nampak kelemahan seorang suami,” katanya.

Ujarnya, banyak perkara yang menimbulkan persoalan dalam drama ini.

“Saya tak faham, apa yang cuba dipaparkan dalam drama ini? Mungkin ia akan lebih menarik kalau menceritakan mengenai perjalanan hidup wanita yang lahir tanpa rahim itu.

“Pada masa sama, tonjolkan juga kekuatan sang suami sebab itu juga boleh mengukuhkan lagi jalan cerita drama ini,” katanya.

Katanya lagi, dia sebagai pelakon juga kadangkala terpaksa mempersoalkan skrip dan jalan cerita sesuatu naskah sekiranya ia menimbulkan persoalan.

“Saya pun kadang-kadang persoalkan kenapa karya itu begitu dan begini. Tapi, sebab tuntutan kerja, saya lakukan juga.

“Dalam perspektif lain, mungkin pengarah dan penulis skrip ada hala tuju mereka sendiri untuk menyedapkan jalan cerita. Apa pun, bila menjadi bualan, ia memberi manfaat kepada drama itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini, drama ini mencipta kontroversi apabila judulnya menjadi bahan jenaka kerana dianggap sebagai sesuatu yang mencuit hati. Namun, selepas pengarahnya memberi penjelasan, semuanya mula terungkai.

Namun, selepas beberapa episod, ramai yang membangkitkan semula mengenai jalan cerita yang seperti menampakkan ‘kurang bijak’ pada karakter Rahimah itu.

Di Wikipedia, ruangan sinopsis drama itu juga mencuri perhatian apabila ada individu tidak dikenali menyunting semula ayat terakhir dan menghentam jalan cerita drama itu.

Penangan Rahimah Tanpa Rahim | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo