Berita

‘Penangguhan Konsert 4G’s Gabungan Melodi Terindah tindakan tepat’

'Penangguhan Konsert 4G's Gabungan Melodi Terindah tindakan tepat' 1

'Penangguhan Konsert 4G's Gabungan Melodi Terindah tindakan tepat' 2

Kuala Lumpur: Penyanyi, Tomok yang sepatutnya tampil di acara Konsert 4G’s Gabungan Melodi Terindah pada 11 dan 12 Disember ini menganggap penangguhan yang dibuat oleh penganjur adalah tindakan yang tepat untuk memastikan keselamatan semua pihak terjamin. 

Tomok ketika dihubungi berkata, dia memandang segala apa yang berlaku ini dari sudut positif. 

“Keselamatan menjadi keutamaan dalam situasi sekarang. Kalau boleh kita nak pastikan segala isu Covid-19 ini pulih, dan dapatlah kita menghayati konsert tanpa berasa risau. 

“Kami pun selaku artis yang akan membuat persembahan itu, tentunya mahukan konsert yng meriah di samping berjumpa ramai penonton yang hadir,” katanya kepada Harian Metro. 

Bagi penyanyi, Hazama yang juga terbabit dalam konsert itu berkata, penangguhan berkenaan memberi lebih masa kepada mereka untuk melakukan persediaan. 

“Saya juga bersetuju apabila konsert itu ditangguhkan atas faktor keselematan kerana ia adalah perkara paling penting ketika ini.

“Bila ditangguhkan, kami ada lebih banyak masa untuk melakukan persediaan dan latihan. Konsert itu adalah konsert berbayar, jadi tentunya kami nak tampilkan persembahan yang berkualiti,” katanya. 

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai penangguhan Konsert 4G’s Gabungan Melodi Terindah susulan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan situasi Covid-19 yang masih menular. 

Konsert gabungan empat penyanyi iaitu Tomok, Hazama, Black dan Akim itu sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April lalu di Istana Budaya (IB), namun ditunda kepada 11 dan 12 Disember pula, sebelum sekali lagi ditunda ke satu tarikh yang belum dimaklumkan. 

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  •  

    'Penangguhan Konsert 4G's Gabungan Melodi Terindah tindakan tepat' 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo