Infotainment

Pencemaran babi: JAS hanya bantu siasat 

Pencemaran babi: JAS hanya bantu siasat 
Pencemaran babi: JAS hanya bantu siasat  1

PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya akan bertindak membantu siasatan sekiranya berlaku pencemaran alam sekitar akibat aktiviti penternakan haiwan seperti babi.

Menjelaskan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata berkata, ini kerana kuasa kawalan pencemaran adalah di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang berkuasa ke atas pusat-pusat penternakan itu yang diberikan lesen untuk beroperasi mengikut syarat-syarat perlesenan ditetapkan.

Dalam hal ini, kata beliau, JPV boleh mengambil tindakan sekiranya siasatan yang dilaksanakan JAS mendapati berlaku pencemaran akibat aktiviti penternakan haiwan itu.

Beliau berkata, terdapat lebih 70 undang-undang berkaitan alam sekitar yang juga terletak di bawah agensi berlainan iaitu tidak hanya tertumpu kepada JAS semata-mata. 

“Dari segi penternakan, mereka diberi lesen. Penternakan babi contohnya, JPV yang akan keluarkan lesen dan permit untuk ternakan selain Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu di bawah enakmen penternakan negeri. 

“Ada syarat-syarat perlesenan termasuk kawalan pencemaran sisa air buangan sebelum masuk ke alur air atau sungai yang sudah ditetapkan parameter dan standard perlesenan. 

“Jadi mereka (JPV)  yang kawal. Tetapi apabila berlaku pencemaran, JAS dipanggil bersama untuk buat siasatan dengan mengukur kualiti air sungai dan sebagainya kerana melibatkan isu pencemaran. Namun, kawalan di peringkat punca (pencemaran), agensi berkenaan boleh kawal,” katanya di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, laporan eksklusif Utusan Malaysia menyiarkan penderitaan kira-kira 7,000 penduduk Tanjung Sepat berdepan masalah pencemaran dipercayai kumbahan ternakan babi di kawasan itu sejak 30 tahun lalu.

Selain bau busuk, air dalam parit dan anak sungai di sekitar kawasan berkenaan berwarna hitam pekat dan mengalir ke laut yang terletak kira-kira 30 meter.

Tinjauan di sekitar Kampung Ladang Tumbuk mendapati, kedudukan kandang babi di hanya terletak 50 hingga 200 meter dengan penempatan penduduk melibatkan sempadan Kuala Langat, Teluk Bunut serta Tanjung Sepat, di sini.

Terdapat 168 kandang ternakan babi di Kampung Ladang Tumbuk dengan anggaran 200,000 ekor babi diternak pada satu-satu masa untuk pasaran tempatan dan luar negara. – UTUSAN

 

 


Pencemaran babi: JAS hanya bantu siasat  1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list