Berita

Penelope Cruz, Javier Bardem tak bincang karier di rumah

Penelope Cruz, Javier Bardem tak bincang karier di rumah 2

Los Angeles: Pasangan selebriti Penelope Cruz dan Javier Bardem tidak akan membiarkan karier lakonan menguasai kehidupan keluarga mereka.

Cruz yang sudah hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Bardem berkata, sebagai selebriti dia cuba untuk tidak terlalu obses dengan kerjaya seni apabila berada di rumah.

“Sama saja seperti pasangan lain, kami bercakap mengenai pekerjaan kami, kemudian watak yang dibawakan serta cara menangani sesuatu adegan.

“Kami kerap bertukar idea, tetapi ketika sampai waktu di rumah kami tidak akan terbawa-bawa segala masalah atau watak yang dibawakan. Kami akan berusaha tinggalkan di depan pintu rumah,” katanya.

Hasil perkahwinan Cruz dan Berdem, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Leo,10 dan Luna,7.

Cruz turut mendedahkan dia tidak akan memberi perhatian terhadap komen negatif mengenai dirinya.

“Saya tidak ambil tahu apa-apa perkembangan mengenai diri saya kerana saya tidak akan melayari diri saya di Google. Saya bimbang jika membacanya akan mengganggu emosi dan mental.

“Saya hanya akan mendengar pendapat dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan,” katanya.

Penelope Cruz, Javier Bardem tak bincang karier di rumah 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo