Infotainment

“Pengacara Sekarang Banyak Merapu, Suka Potong Tetamu Bercakap”

"Pengacara Sekarang Banyak Merapu, Suka Potong Tetamu Bercakap" 2

Kemunculan pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 2 ternyata mendapat pujian ramai. Malah, ramai gemar dengan cara pengacaraannya yang profesional.

Menerusi perkongsian di Insta Story, pelakon Nad Zainal turut memuji Azwan serta berpendapat bekas pengacara Muzik-Muzik itu merupakan pengacara TV terbaik yang masih ada dalam indsutri.

BACA: Nad Zainal Bakal Timang Anak Kedua

"Pengacara Sekarang Banyak Merapu, Suka Potong Tetamu Bercakap" 3

“No doubt, Diva Azwan Ali antara hos TV terbaik yang Malaysia ada. Respect buat senior,” tulisnya di Insta Story.

Perkongsian Nad Zainal itu turut mendapat perhatian Azwan yang memuat naik semula perkongsian pelakon itu menerusi Instagram miliknya.

Dalam pada itu, menerusi entri tersebut Nad turut meninggalkan komen dengan membandingkan pengacara zaman 90an dengan generasi kini yang banyak merapu dan suka potong ketika tetamu bercakap.

“Pengacara sekarang banyak merapu dan suka potong tetamu bercakap, rindu pengacara program TV pada tahun 90an. Malah pembaca berita semua nampak classy,” tulisnya.

Terdahulu, Azwan mengumumkan dia hanya mengacarakan program berkenaan selama dua minggu sahaja dan berterima kasih di atas semua sokongan daripada netizen.



"Pengacara Sekarang Banyak Merapu, Suka Potong Tetamu Bercakap" 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo