Berita

Pengalaman Awal Ashaari melihat kelahiran anak kedua

Pengalaman Awal Ashaari melihat kelahiran anak kedua 2

Kuala Lumpur: “Ia satu keajaiban.”

Itu kata pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang berkongsi mengenai pengalaman melihat sendiri proses kelahiran cahaya mata keduanya yang selamat dilahirkan, semalam.

Dalam hantaran itu, Awal turut berkongsi mengenai situasi di ruang bersalin pada ketika itu.

“Tak pernah saya bayangkan perasaan dapat melihat sekali lagi proses kelahiran.

“Rasa ketenangan, laungan ayat al-Quran, bunyi monitor degupan jantung, kasut merah jambu doktor, dan tiba-tiba keadaan jadi sedikit kelam kabut.

“Darah merata, degupan jantung jadi laju dan keluarlah seorang bayi yang diselaputi cecair putih, tertonggeng sambil tapak kakinya dipukul, mulutnya dimasukkan ‘tube’ kecil,” tulisnya.

Suami kepada pelakon dan pengacara Scha Alyahya itu juga turut berkongsi saat pertama kali mendengar tangisan bayinya itu.

“Nangis lah. Nak dengar nangis sikit,” kata jururawat.

“Tangisan pertama tapak kakinya dipukul lagi. Mulutnya dicucuk lagi.

Tangisan seterusnya tali pusat dipotong dan dibawa ke atas meja.

Dalam masa sama, Awal mengucapkan rasa syukur kepada Allah atas peluang untuk melalui pengalaman itu.

“Ya Allah, saya bersyukur dapat sekali lagi menjadi saksi kepada keajaiban ini,” tulisnya.

Pengalaman itu bakal dikongsi Awal dan Scha menerusi program Schawal Baby Boom, pada 18 Februari ini, jam 9.30 malam di Astro Ria.

Awal dan Scha selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.

Pengalaman Awal Ashaari melihat kelahiran anak kedua 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo