Infotainment

“Pengalaman Yang Luar Biasa” – Akhmal Nazri Kini Bergelar Seorang Bapa

“Pengalaman Yang Luar Biasa” – Akhmal Nazri Kini Bergelar Seorang Bapa
"Pengalaman Yang Luar Biasa" - Akhmal Nazri Kini Bergelar Seorang Bapa 1

Pelakon dan pengacara Akhmal Nazri berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Lyssa Jean selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan semalam.

Menurut Akhmal, dia bersyukur kerana proses bersalin isterinya berjalan lancar selain berpeluang berpeluang menemani isterinya di bilik bersalin.

Sebelum diberi kebenaran untuk menemani isteri di bilik bersalin, saya perlu menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

Ujar Akhmal lagi, dia juga diberi peluang untuk memotong tali pusat, mandikan serta melakukan sendiri tahnik kepada bayi sulungnya itu.

Pelakon yang terkenal dengan lakonannya menerusi drama Oh My English itu memberitahu yang ianya merupakan satu pengalaman yang cukup menakjubkan buatnya.

Akui yang dia berasa takut dan cuak ketika di bilik bersalin namun dia kagum dengan ciptaan Allah yang sangat luar biasa.

Isteri saya bersalin secara normal dan bayi dilahirkan seberat 3.19 kilogram.

Akhmal Nazri & Lyssa Jean

Akhmal juga memaklumkan yang dia tidak berniat untuk menyembunyikan kandungan pertama mereka kepada kenalan serta peminat sebaliknya dia ingin menghormati permintaan ibu kepada isterinya.

Ibu kepada isterinya itu memesan supaya berita tersebut hanya dikongsikan apabila bayi sudah lahir kerana tidak mahu Jean tertekan jika dia terbaca komen netizen yang mungkin tidak suka mengenai berita kehamilan isterinya.

Sekadar info, Akhmal Nazri dan Lyssa Jean mendirikan rumahtangga mereka pada 31 Disember 2020 di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


"Pengalaman Yang Luar Biasa" - Akhmal Nazri Kini Bergelar Seorang Bapa 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo