Artikel Terkini

Pengambilalihan Menara KL akan diteliti, kata Fahmi

Pengambilalihan Menara KL akan diteliti, kata Fahmi
Pengambilalihan Menara KL akan diteliti, kata Fahmi 1

Pengambilalihan Menara KL akan diteliti, kata Fahmi
Fahmi Fadzil beliau memandang serius isu pengambilalihan syarikat pengurusan Menara KL milik TM kepada syarikat Hydroshoppe.

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, beliau meneliti isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) daripada Telekom Malaysia (TM) oleh syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd.

Fahmi dalam satu kenyataan berkata, beliau memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial serta pertanyaan berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL melalui pegangan saham penuh daripada TM melalui anak syarikatnya MKLSB kepada syarikat Hydroshoppe.

Katanya, menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada KKD pada 14 Dis lalu dan akan diberi taklimat menyeluruh mengenai isu tersebut daripada pihak TM pada Selasa depan.

“KKD memantau rapat isu berkenaan dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sekiranya siasatan dilakukan berhubung isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengambilalihan Menara KL akan diteliti, kata Fahmi 3
Fahmi Fadzil.

Beberapa pengguna media sosial baru-baru ini mempersoalkan keputusan TM untuk memindahkan pemilikan penuh MKLSB kepada Hydroshoppe pada Okt lalu.

Satu akaun Twitter dikenali sebagai @FreeMsian yang menganggap Menara KL sebagai “cash cow” atau “pembuat duit” berkata, bangunan ikonik itu yang turut menjadi tarikan pelancong menjana pendapatan RM66 juta pada 2019 dengan untung bersih RM25 juta.

@FreeMsian mempersoalkan kenapa tiada hebahan awam mengenai perjanjian itu dan mengapa TM menjual semua 10 juta sahamnya dalam MKLSB.

Pengguna Twitter itu juga mendedahkan syarikat Hydroshoppe hampir dibatalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana tidak memfailkan rekod mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum menerima “talian hayat daripada TM”

@FreeMsian turut membangkitkan persoalan sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat perjanjian itu dan mengaitkannya dengan menteri komunikasi dan multimedia ketika itu Annuar Musa.

Dalam satu laporan di Malaysiakini, Annuar berkata, beliau tiada kena mengena dengan pemindahan saham TM dari MKLSB kepada Hydroshoppe itu.

Katanya, TM adalah sebuah syarikat tersenarai di bursa saham dan perjanjian pemindahan saham itu tidak memerlukan kebenaran kementerian.

“TM bukan di bawah menteri komunikasi… ia sebuah syarikat senarai awam,” katanya.

“Ia tiada kena mengena dengan menteri komunikasi. Pergi tanya TM. Sekiranya syarikat itu membuat untung RM25 juta, mengapa tidak kekalkannya dan sebaliknya menjual syarikat itu?,” soalnya.


Pengambilalihan Menara KL akan diteliti, kata Fahmi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo