Infotainment

“Pengarah Yang Suruh, Saya Ikut Saja”

“Pengarah Yang Suruh, Saya Ikut Saja”
“Pengarah Yang Suruh, Saya Ikut Saja” 1

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai video teaser lagu terbaru usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama Baby Shima dikecam teruk kerana tarian ghairah dan berpakaian agak keterlaluan.

Memetik Kosmo!, Shima bagaimanapun berkata dia hanya mengikut kehendak pengarah untuk bergelak di dalam muzik video berkenaan.

BACA: “Kalau Lucah, Mungkin Kerana Mereka Terlalu Berimaginasi” – Baby Shima

“Pengarah yang suruh, saya ikut saja. Itu kehendak mereka. Saya pun hanya cari makan,” katanya.

Menurut Shima lagi, dia bukan suka-suka berbuat demikian kerana itu sudah menjadi tugasnya sebagai penyanyi dangdut dan tiada beza dengan muzik videonya yang lain.

“Saya bukan sengaja nak buat begitu apatah lagi dikatakan ‘daring’ (menggoda). Apa yang saya gayakan dalam MV tersebut semuanya mengikut kehendak pengarah.

“Rasanya netizen pun tahu tak ada beza pun MV terbaharu ini dengan yang pernah saya hasilkan sebelumnya. Saya tetap saya. Baby Shima tetap Baby Shima yang sama. Langsung tiada apa pun yang berubah,” katanya.

Dalam pada itu, Shima turut meluahkan rasa hairan mengapa tindakannya bergelak dan pakaiannya dijadikan itu kerana ianya biasa dilakukan oleh penyanyi dangdut.

“Saya cuba menjadi artis yang kekal dengan karya terbaharu mengikut perkembangan zaman. Jadi, saya amat menitikberatkan lagu yang mahu dinyanyikan.

“Cuma saya tidak faham mengapa soal menyanyi sambil bergelek dijadikan isu. Soal pakaian dijadikan isu. Ini perkara biasa yang dilakukan semua penyanyi dangdut dan bukan hanya saya,” katanya.


“Pengarah Yang Suruh, Saya Ikut Saja” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list