Artikel Terkini

Pengguna kecoh Twitter bakal ditutup

Pengguna kecoh Twitter bakal ditutup
Pengguna kecoh Twitter bakal ditutup 1

PETALING JAYA – Pengguna aplikasi Twitter di negara ini luah rasa kesal mengenai dakwaaan penutupan aplikasi berkenaan pada hari ini.

Mana tidaknya rata-rata pengguna aplikasi berkenaan melahirkan rasa keluh menandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung esok.

Kebanyakan pengguna aplikasi itu menyatakan sukar bagi mereka untuk mendapat perkembangan terkini politik negara tambahan melalui medium berkenaan juga memudahkan pengguna mendapat maklumat pantas selain isu tular dan sebagainya.

Melalui ciapan beberapa pengguna di aplikasi berkenaan menyatakan penutupan berkenaan harus dilakukan selepas PRU15.

“Baik jangan tutup sekarang, mana nak dapat maklumat mengenai PRU15,” kata Ella.

“Twitter kalau nak shut down, tunggu lah hari Isnin, esok nak update keputusan PRU15 macam mana?” kata netizen lain.

Hasil tinjauan Kosmo! di Twitter juga mendapati ‘#RIPTwitter’ dan ‘#GoodByeTwitter’ kini sohor kini (trending) dalam tempoh kurang 24 jam masing-masing dengan 719,000 dan 72,400 ciapan.

Hari ini media melaporkan, beratus-ratus pekerja Twitter dilaporkan telah meletak jawatan.

Hal itu berlaku menjelang tarikh akhir pelaksanaan perubahan ketara dengan menambah jumlah masa bekerja seperti yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat media sosial itu, Elon Musk sebelum ini.

Musk sebelum ini dilaporkan akan memberhentikan 7,500 kakitangan Twitter hanya dua minggu lalu selepas mengambil alih syarikat itu yang menyaksikan ramai pekerja mula meletak jawatan. – KOSMO! ONLINE


Pengguna kecoh Twitter bakal ditutup 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo