Artikel Terkini

Pengguna perlu main peranan jadikan penawaran, permintaan lebih anjal

Pengguna perlu main peranan jadikan penawaran, permintaan lebih anjal
Pengguna perlu main peranan jadikan penawaran, permintaan lebih anjal 1

PUTRAJAYA – Pengguna perlu memainkan peranan untuk menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelumnya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberikan gambaran, peniaga dan pembekal tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan seandainya pengguna tidak membeli atau tidak menggunakan produk yang ditawarkan pada harga tidak berpatutan.

Katanya, ketika ini biarpun harga barang terus meningkat pengguna dilihat bersedia membayar pada harga yang ditawarkan oleh pembekal.

“Satu kategori perbelanjaan yang paling mempengaruhi inflasi adalah harga barangan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu kumpulan perbelanjaan yang paling besar bagi isi rumah.

“Walaupun harga barang makanan dan minuman bukan alkohol terus naik, orang ramai terus membeli dan membayar pada harga yang lebih tinggi yang dikenakan oleh peniaga,” katanya pada sidang media Penerbitan Indeks Harga Pengguna (IHP) November 2022, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, keadaan itu sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan harga barang makanan dan minuman bukan alkohol yang terus naik dan dirasakan tidak turun.

Jelas beliau, sewajarnya jika harga ayam itu sudah terlalu mahal pengguna tidak perlu membeli barang itu. – MalaysiaGazette

Pengguna perlu main peranan jadikan penawaran, permintaan lebih anjal 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo