Berita

Pennyworth semakin dramatik | Harian Metro

Pennyworth semakin dramatik | Harian Metro 1

Pennyworth semakin dramatik | Harian Metro 2

MEMASUKI musim kedua, siri Pennyworth yang berkisar mengenai sekuel Batman nampaknya semakin dramatik.

Memfokuskan watak Alfred Pennyworth lakonan Jack Bannon, siri ini jelas menggamit emosi ramai.

Sebelum ini, peminat Batman hanya mengenali Alfred sebagai penjaga atau pembantu adiwira itu.

Kini, perjalanan kisah hidupnya dirungkai dalam karya ciptaan Bob Kane dan Bill Finger ini.

Bannon dalam temu bual bersama RAP berkata, perkembangan wataknya jelas dapat dilihat sepanjang musim baharu Pennyworth. Dia menyifatkan wataknya semakin kuat berbanding musim pertama lalu.

“Selepas membunuh bapanya pada musim pertama, berlaku perubahan dari segi dia membawa moral dirinya. Walaupun dia masih berpegang pada aspek itu, dia bertukar menjadi lebih mementingkan diri.

“Sifatnya juga lebih keras hati dan fokusnya tertumpu kepada wang semata-mata. Dia ingin berhijrah ke Amerika Syarikat dari London bagi memulakan hidup baharu,” katanya.

Apa yang pasti, Bannon juga banyak mempelajari perkara baharu dalam membawa watak Alfred.

Menurutnya, dia puas apabila melakukan perkara yang tidak berulang dari musim pertama.

“Menghabiskan banyak masa dengan watak itu musim lalu, saya cukup mengenalinya luar dan dalam. Namun, saya perlu lakukan banyak perkara baharu untuk mengangkat lagi watak itu.

FAITH teruja jayakan Bet Sykes.
FAITH teruja jayakan Bet Sykes.

“Dari segi aksi, saya tidak mahu ulang apa yang sudah pernah ditampilkan sebelum ini. Secara teknikal, memang agak sukar juga namun syukur skrip tulisan Bruno benar-benar membantu,” katanya.

Sementara itu, Paloma Faith yang membawa watak Bet Sykes pula berdepan cabaran tersendiri ketika penggambarannya.

Ini kerana dia kini hamil namun bersyukur ia sebenarnya membantu dari segi emosi.

“Ia satu penghormatan buat saya terbabit dalam siri. Ramai yang tidak tahu selain menyanyi, saya juga sebenarnya pelakon. Dengan gandingan pelakon lain yang hebat, saya bertuah apabila mendapat skrip yang bagus untuk watak saya. Hubungan sesama watak menjadi lebih emosi, sekali gus mengubah dinamiknya.

“Saya sangat seronok dapat meneroka sisi lakonan dalam diri menerusi musim kedua siri ini. Kebanyakan masa di set penggambaran begitu menyeronokkan juga,” katanya.

Bercerita lanjut, Faith mengakui dia banyak menggunakan pengalaman berhadapan isu penyakit mental bagi memantapkan lakonan untuk watak Bet.

“Ketika membesar, saya mengalami banyak perkara berkaitan penyakit mental dalam keluarga saya. Ibu bapa saya sendiri pun ada masalah dari segi perebutan kuasa.

“Jadi, apa yang saya perhatikan daripada pengalaman lalu, itu saya salurkan dalam watak saya. Ia menjadikannya lebih mudah walaupun watak itu sendiri sebenarnya seorang yang teruk,” katanya.

Pennyworth musim kedua ditayangkan bermula 14 Disember ini, setiap Isnin, jam 9 malam di saluran Warner TV di Astro 712 atau UnifiTV 451.

Selain Bannon dan Faith, ia turut dibintangi Ben Aldridge, Jason Flemyng, Ryan Fletcher, Emma Paetz, Hainsley Lloyd Bennett dan ramai lagi.

Pennyworth semakin dramatik | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo