Berita

Penyebaran video lama, Ismail Sabri buat laporan polis [METROTV]

Penyebaran video lama, Ismail Sabri buat laporan polis [METROTV] 1

Penyebaran video lama, Ismail Sabri buat laporan polis [METROTV] 2

Kuala Lumpur: Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis berhubung penyebaran video lama yang memfitnah beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Azlina Md Rosdy di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Azlina berkata, laporan itu bertujuan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas individu menyebarkan dua video lama yang bukan saja cuba merosakkan nama Ismail Sabri malah boleh menimbulkan huru-hara antara kaum.

“Video pendek yang pertama ialah ketika Datuk Seri Ismail Sabri membuat sidang media harian berkaitan Covid-19 pada tahun lalu.

“Video itu ditularkan kononnya ia adalah sidang media terbaru dan seakan bertujuan mengelirukan rakyat kononnya tiada lagi saman dan kompaun akan dikenakan sekiranya melanggar SOP sebaliknya rakyat akan terus dipenjarakan.

“Ia adalah video lama dan kerajaan melakukan pelbagai penambahbaikan dalam pelaksanaan SOP,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan berkenaan.

Selain itu, Azlina berkata, video kedua bertajuk ‘Sendiri Buat SOP Sendiri Langgar’ yang tular itu sebenarnya rakaman Ismail Sabri menghadiri majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 16 September tahun lalu.

Katanya, video itu sengaja disebarkan dengan mendakwa beliau menghadiri majlis Sambutan Tahun Baharu Cina.

Azlina berkata, penyebaran video berniat jahat itu boleh menyebabkan timbul kemarahan rakyat sekali gus menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan rakyat.

AZLINA menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung penyebaran video lama yang bertujuan merosakkan nama Ismail Sabri. FOTO Rohanis Shukri
AZLINA menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung penyebaran video lama yang bertujuan merosakkan nama Ismail Sabri. FOTO Rohanis Shukri

“Kita mengenalpasti dua akaun Facebook yang memulakan penyebaran video itu dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Beberapa individu lain yang sebarkan video itu juga akan dikenal pasti dan akan dikenakan tindakan.

“Malah, semalam kita juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu dua rakaman video memaparkan sidang media Ismail Sabri dan beliau hadir ke satu majlis serta bersalaman dengan tetamu yang hadir tular di Facebook.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Penyebaran video lama, Ismail Sabri buat laporan polis [METROTV] 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo