Berita

Peralatan belajar rosak ditenggelami banjir

Peralatan belajar rosak ditenggelami banjir 1

Peralatan belajar rosak ditenggelami banjir 2

Langkap: “Semua peralatan belajar termasuk buku nota dan kerja khusus rosak ditenggelami air banjir,” kata Muhammad Alif Bedrul Hisham.

Muhammad Alif, 17, adalah penduduk Pekan Chikus, di sini, yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langkap selepas rumahnya dinaiki air sedalam 0.3 meter, semalam.

Pelajar Kolej Vokasional Teluk Intan itu berkata, selain itu, kelengkapan belajar kakak dan abang turut rosak termasuk kerja khusus akhir tahun abangnya.

Katanya, ketika kejadian dia membantu mangsa banjir yang dipindahkan ke Dewan Serbaguna Chikus.

“Apabila pulang ke rumah, saya terkejut melihat air banjir sudah memenuhi kawasan rumah dan hampir menenggelamkan dua motosikal.

“Dalam masa 10 minit saja air sudah dalam dan kami hanya sempat menyelamatkan peti ais saja, manakala barangan lain termasuk buku, telefon bimbit dan komputer riba memang tidak sempat diselamatkan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Muhammad Alif berkata, banjir mula surut di rumahnya sejak pagi hari ini dan dia bersama ibu, Sofia Mohamed, 53, serta adik beradiknya pulang untuk mengemas rumah.

“Memang sedih tengok semua barang rosak dan tidak boleh digunakan terutama nota ulang kaji yang dibuat sebagai persediaan ujian pada bulan depan,” katanya.

Sementara itu, Sofia berkata, banjir kali ini yang pertama berlaku sepanjang lebih 40 tahun dia menetap di kawasan rumahnya.

Menurutnya, banjir berlaku apabila ban Sungai Batang Padang pecah dan menyebabkan semua perkakas rumah rosak.

“Dua anak berpindah ke PPS manakala saya dan dua anak lain terpaksa menyewa inap desa kerana keadaan saya yang sakit lutut agak menyukarkan tinggal di PPS terutama jika mahu ke tandas.

“Saya menangis melihat keadaan rumah, namun bersyukur tiga anak yang menetap di luar Perak pulang membantu membersihkan rumah,” katanya memberitahu suaminya pulang ke kampung di Johor ketika banjir berlaku.

Peralatan belajar rosak ditenggelami banjir 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo