Berita

Peralatan muzik Eddie Van Halen dan Prince dicuri

Peralatan muzik Eddie Van Halen dan Prince dicuri 1

Peralatan muzik Eddie Van Halen dan Prince dicuri 2

Los Angeles :Peralatan muzik milik pemain gitar legenda Eddie Van Halen dan penyanyi Prince dicuri dari gudang penyimpanan di Nashville, Amerika Syarikat dengan nilai kerugian mencecah AS50,000.

Juruteknik gitar yang bekerja untuk Eddie, Zeke Clark berkata, perompak terbabit mencuri pelbagai peralatan muzik mahal termasuk amplifier Fender, TopHat dan beg gitar Marshall serta beg bass Ampeg.

Turut dicuri ialah pelbagai koleksi peralatan muzik Sears Silverstone.

Menurutnya, ketika dia datang ke gudang itu pada Oktober lalu, keadaannya masih belum terusik. Namun, apabila dia datang semula pada 3 Disember lalu, dia terkejut melihat mangga kunci gudang sudah bertukar.

Clarke segera mengambil alat pemotong besi untuk mengumpil mangga kunci itu dan terkejut apabila mendapati banyak barang yang hilang.

Eddie yang meninggal dunia pada 6 Oktober lalu menggunakan beg Marshall yang hilang itu ketika konsert jelajah 5150 dan Monsters of Rock bersama Van Halen pada 1980-an.

Prince juga sempat memakai beg itu di studio pada 1990-an.

Clark berkata, dia belum menyiapkan data lengkap berkenaan barang yang hilang. Ibu pejabat polis Metro Nashville juga sudah menghantar pasukan untuk menjalankan siasatan. 

Van Halen menjadi antara band rock paling berpengaruh di Amerika Syarikat (AS) dan popular dengan lagu antaranya Jump, Panama, Runnin’ with the Devil dan solo gitar Eddie, Eruption.

Album Van Halen terjual lebih 75 juta unit di seluruh dunia dan mempunyai banyak lagu popular di carta lagu rock di AS.

Prince pula meninggal dunia pada 21 April 2016 di Minesota, AS. Sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi, pemuzik dan komposer, album-albumnya terjual lebih 150 juta unit di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai antara artis paling laris sepanjang zaman. 

Peralatan muzik Eddie Van Halen dan Prince dicuri 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo