Infotainment

Peranti Redmi Yang Memfokuskan Permua Akan Menyokong Pengecasan Pantas 67W Setaraf Mi 11 Ultra

Peranti Redmi Yang Memfokuskan Permua Akan Menyokong Pengecasan Pantas 67W Setaraf Mi 11 Ultra 2

Awal tahun ini, Redmi dilaporkan akhirnya akan memasuki arena e-sukan dan juga akan melancarkan peranti yang memfokuskan permua. Peranti ini dijangka akan dijana dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200 yang terbukti berkuasa melalui skor tanda aras yang tersebar di web. Cip ini bersaing sengit dengan Snapdragon 870. Redmi juga mengesahkan yang peranti ini akan dilancarkan pada hujung bulan April. Dengan Poco yang masih tiada peranti mercu utama, peranti gaming Redmi ini mungkin akan dijenamakan sebagai Poco F3 Pro.

Butiran spesifikasi peranti ini masih misteri selain daripada informasi mengenai cip pemprosesan. Siri Redmi K40 yang cukup berkuasa menggunakan skrin bertaraf peranti mercu dengan skor A+ oleh DisplayMate, jadi peranti ini mungkin akan menggunakan skrin yang lebih kurang sama. Untuk menjadi peranti permua, skrin haruslah cukup cerah, responsif dengan kadar sentuhan tinggi (Black Shark 4 720Hz), serta kadar segar semula 120Hz atau 144Hz, jika ingin lebih hebat mengapa tidak 165Hz? Terkini, melalui informasi peranti yang disenaraikan di 3C China – peranti permua Redmi ini akan menyokong pengecasan pantas yang sama dengan Mi 11 Ultra iaitu 67W.

Peranti ini juga akan menggunakan tema Call of Duty yang mana sudah semestinya dioptimasikan untuk bermain CODM. Melaluinya sokongan getaran haptik khusus untuk bermain permua lebih imersif akan ditawarkan. Sama-sama kita nantikan hujung April ini.

Peranti Redmi Yang Memfokuskan Permua Akan Menyokong Pengecasan Pantas 67W Setaraf Mi 11 Ultra 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo