Infotainment

Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma

Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma
Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma 1

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.

Perkara itu turut mendapat perhatian isteri kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

BACA: Isteri TMJ Mahu Bantu Bella Tuntut Keadilan

Menerusi satu entri di Insta Story, Che’ Puan Khaleeda berkata dengan kuasa yang dimiliki, beliau mahu membantu dengan melakukan apa sahaja demi menegakkan keadilan buat adik Bella.

Selepas Che’ Puan Khaleeda, giliran Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief).

Tunku Ismail berkata, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran tersebut.

Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma 2

“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya.

Tambah Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT).

“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.

Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma 3

Terdahulu, Tunku Ismail ada memuat naik kembali perkongsian isterinya yang menggesa keadilan buat Bella.


Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list