Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris berkata, Muhyiddin Yassin menawar diri meletak jawatan, namun ditolak mesyuarat khas dan perhimpunan agung tahunannya.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris membidas rakan sejawatnya dari Umno, Isham Jalil yang mempertikaikan kedudukan Muhyiddin Yassin dengan bertanya sama ada Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi pernah menawarkan diri meletak jawatan selepas didakwa di mahkamah.
Katanya, Muhyiddin menawarkan peletakan jawatannya sebagai presiden Bersatu, namun ditolak mesyuarat khas semalam dan perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini.
“Saya nak tanya ketua penerangan Umno, apakah presiden kamu pernah menawarkan diri meletak jawatan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno atau dalam PAU (Perhimpunan Agung Umno)?
“Beza presiden Bersatu dengan Umno seperti langit dan bumi, presiden Umno dituduh 47 kes, manakala Muhyiddin tujuh kes, tiada tuduhan kemasukan wang dalam akaun peribadi, tetapi presiden kamu ada kegunaan peribadi,” dakwanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Isham menyindir Muhyiddin masih mengetuai Bersatu, walaupun sedang menghadapi tuduhan di mahkamah.
Katanya, sebelum ini pemimpin Bersatu sering mendesak pemimpin Umno yang mempunyai kes mahkamah meletak jawatan.
“Lepas itu, bila Ketua Penerangan Bersatu (Wan Saiful Wan Jan) kena dakwa dan letak jawatan, Muhyiddin kata ini standard Bersatu, kononnya bila ada kes mahkamah mereka akan letak jawatan.
“Kemudian Muhyiddin kata dia akan letak jawatan jika ada pertuduhan dan dakwaan, tetapi bila sudah ada pertuduhan dan dakwaan, dia tidak letak jawatan sebab kononnya kawan-kawan dia tidak izin,” kata Isham yang juga ahli MKT Umno.
Jumaat lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo