Berita

Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2021 dijangka lebih baik

Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2021 dijangka lebih baik 2

Kuala Lumpur: Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2021 dijangka akan lebih baik berbanding tahun lalu terutama disokong pemulihan permintaan global dan pelaksanaan program vaksin.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, ekonomi Malaysia akan pulih disokong oleh permintaan luaran yang lebih baik dan langkah Belanjawan 2021.

Katanya, walaupun pertumbuhan jangka pendek pada 2021 akan dipengaruhi oleh pelaksanaan semula langkah pembendungan lebih ketat, namun kesannya tidak seteruk yang dialami pada 2020.

“Trajektori pertumbuhan diunjurkan bertambah baik dari suku kedua dan seterusnya.

“Peningkatan ini akan didorong oleh pemulihan permintaan global, apabila Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menaikkan unjuran pertumbuhan global tahun 2021 sebanyak 0.3 mata peratusan kepada 5.5 peratus.

“Pertumbuhan ini juga akan disokong oleh perubahan perbelanjaan sektor awam dan swasta berikutan sokongan yang berterusan daripada langkah dasar termasuk PENJANA (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara), Kita Prihatin (Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin), Belanjawan 2021 dan Permai (Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia), serta pengeluaran lebih tinggi daripada fasiliti perkilangan dan perlombongan yang sedia ada dan baharu.

“Malah, pemberian vaksin yang akan bermula pada bulan ini juga diharapkan dapat meningkatkan sentiment,” katanya pada sidang media maya mengumumkan prestasi ekonomi suku keempat 2020 hari ini.

Ekonomi Malaysia bagaimanapun menguncup 3.4 peratus pada suku keempat 2020, terutamanya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri sejak pertengahan Oktober.

Pada 2020 secara keseluruhan, ekonomi menguncup sebanyak 5.6 peratus berikutan sekatan pergerakan, terutamanya perjalanan antara daerah dan antara negeri, menjejaskan kegiatan ekonomi pada suku keempat.

Bagaimanapun, permintaan luaran yang terus bertambah baik telah menyokong pertumbuhan.

Nor Shamsiah berkata, sejajar dengan penilaian sebelum ini, purata inflasi keseluruhan adalah -1.2 peratus pada 2020 disebabkan terutamanya oleh harga minyak dunia yang ketara lebih rendah.

“Bagi tahun 2021, purata inflasi keseluruhan diunjurkan lebih tinggi, terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga minyak dunia.

“Inflasi asas dijangka kekal rendah dalam keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi. Namun, prospek pertumbuhan ini bergantung pada perkembangan harga minyak dunia dan komoditi,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2021 dijangka lebih baik 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo