Berita

Petals2U perkemas strategi perniagaan | Harian Metro

Petals2U perkemas strategi perniagaan | Harian Metro 1

Petals2U perkemas strategi perniagaan | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Pengusaha perkhidmatan gubahan kreatif bunga segar dan hadiah, Petals2U Enterprise menjangkakan tempoh dua tahun untuk perniagaannya kembali stabil susulan impak yang ditanggung kesan pandemik Covid-19 sepanjang tahun ini.

Pengasas Bersamanya, Zailatul Alina Zulkapli berkata, meskipun Covid-19 menjejaskan pendapatan syarikat dengan penyusutan sehingga 60 peratus namun pandemik itu juga dilihat sebagai pembuka jalan untuknya memperkemas strategi dan fokus perniagaan.

Malah katanya, laman web www.petals2uflorist.com yang dilancarkan Januari lalu juga dapat dimanfaatkan secara optimum bagi jualan dalam talian, sekali gus menampung kekurangan ketara bagi jualan fizikal di kedai.

“Realitinya, walaupun pandemik Covid-19 memberi kesan cukup besar kepada perniagaan lebih-lebih lagi servis gubahan bunga seperti kami, ia sedikit sebanyak membuatkan kami lebih giat berfikir mencari penyelesaian bagi memastikan Petals2U dapat terus bertahan.

“Disebabkan itu, sewaktu meneruskan perancangan membuka cawangan di Eco Grandeur Puncak Alam Ogos lalu, kami turut menjalankan operasi kafe yang menawarkan menu ringkas buat pelanggan.

“Ia semestinya bertujuan menampung kekurangan aliran tunai syarikat dalam perniagaan gubahan bunga memandangkan kita juga sedia maklum makanan antara industri yang tidak terjejas teruk sewaktu pandemik berbanding sektor lain,” katanya.

Menurutnya, ketika ini, tindakannya menceburi bidang perniagaan makanan itu masih dianggap sebagai langkah sementara yang diambil demi kelangsungan Petals2U.

“Sekiranya pandemik beransur pulih dan ekonomi juga kembali seperti sedia kala, pastinya perniagaan gubahan bunga dan hadiah menjadi fokus utama kami nanti.

“Manakala perniagaan kafe mungkin akan dipertimbangkan semula untuk diteruskan bergantung kepada potensinya serta kemampuan kami kelak,” katanya kepada Bisnes Metro.

Mengulas lanjut, katanya pada peringkat awal Petals2U ditubuhkan, menjadi pemborong bunga segar antara sasaran dan impiannya sebaik melepasi suatu tempoh bagi perniagaan gubahan bunga.

Namun katanya, wabak Covid-19 banyak mengajar dan membuka minda untuknya menjalankan perniagaan mengikut kaedah yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.

“Kini, kami beralih daripada menjual bunga secara ‘loose’ kepada jualan dalam bentuk gubahan bunga hidup dan bunga hiasan berpasu.

“Kaedah ini kini lebih menjadi pilihan majoriti pelanggan yang semakin berhati-hati dengan hal berkaitan kebersihan serta ingin mengurangkan kontak dengan penjual susulan Covid-19,” katanya.

Katanya, sejurus ekonomi kembali pulih, pihaknya juga akan mula memperhalusi perancangan lima tahun syarikat yang disusun antaranya cadangan untuk mewujudkan francais khususnya di luar Lembah Klang.

Petals2U perkemas strategi perniagaan | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo