Berita

Petronas, Sarawak bentuk rangka kerja rundingan

Petronas, Sarawak bentuk rangka kerja rundingan 1

Petronas, Sarawak bentuk rangka kerja rundingan 2

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) dan kerajaan negeri Sarawak memeterai perjanjian penyelesaian komersial mengenai isu yang membabitkan cukai jualan dan undang-undang perlombongan minyak negeri itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, perjanjian penyelesaian komersial itu akan mewujudkan rangka kerja antara syarikat minyak nasional itu dan kerajaan negeri yang membolehkan Sarawak terbabit lebih aktif dalam aktiviti minyak dan gas darat menerusi Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

“Di bawah perjanjian penyelesaian komersial ini, kedua-dua Petronas dan kerajaan negeri bersetuju membentuk rangka kerja perundingan bagi meningkatkan kerjasama menerusi kaedah rasmi dan berstruktur terdiri daripada jawatankuasa penyelarasan bersama dan dialog strategik tahunan.

“Platform ini akan dipengerusikan bersama antara Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Petronas Tan Sri Ahmad Nizam Salleh,” katanya pada majlis permeteraian perjanjian itu, semalam yang disaksikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz serta Abang Johari.

Perjanjian penyelesaian komersial itu dimeterai oleh Tengku Muhammad Taufik, Naib Presiden Kanan Malaysia Petroleum Management Mohamed Firouz Asnan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion dan pemangku Peguam Besar Negeri Sarawak Saferi Ali.

Petronas, Sarawak bentuk rangka kerja rundingan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo