Artikel Terkini

Piala Dunia: Qatar bukan tandingan Ecuador

Piala Dunia: Qatar bukan tandingan Ecuador
Piala Dunia: Qatar bukan tandingan Ecuador 1

AL KHOR – Perlawanan pembukaan saingan Piala Dunia 2022 menyaksikan Ecuador bermula langkah kanan apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas tuan rumah, Qatar dalam aksi Kumpulan A di Stadium Al Bayt sebentar tadi.

Keputusan itu nyata bukanlah sesuatu yang dimahukan Qatar, lebih-lebih lagi ini adalah penampilan pertama mereka dalam Piala Dunia selain beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri.

Ecuador yang tidak layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Rusia dilihat menguasai sepenuhnya permainan selain menjaringkan gol seawal minit ketiga menerusi penyerang, Enner Valencia, namun dibatalkan kerana ofsaid.

Bagaimanapun, skuad La Tri akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Valencia selepas dia dijatuhkan penjaga gol Qatar, Saad Al Sheeb.

Ketika tuan rumah cuba mencari gol penyamaan, Valencia sekali lagi membuktikan dia pemain paling berbahaya di atas padang apabila menanduk masuk gol kedua Ecuador pada minit ke-31 selepas menerima hantaran lintang Angelo Preciado.

Qatar berpeluang untuk sekurang-kurangnya merapatkan kedudukan pada penghujung separuh masa pertama, namun tandukan penyerang, Almoez Ali tidak menepati sasaran meskipun penjaga gol lawan, Hernan Galindez sudah tertewas.

Bersambung separuh masa kedua, corak permainan Qatar dilihat lebih kemas apabila dapat mengimbangi gerakan-gerakan yang cuba dilakukan Ecuador selain beberapa kali mengancam pintu gol pasukan lawan.

Selesa dengan dua gol yang dijaringkan, Ecuador kemudiannya melakukan beberapa pertukaran termasuk mengeluarkan penjaring gol, Valencia selepas dia mengalami kecederaan pada bahagian lutut.

Ketika perlawanan berbaki lapan minit, skuad bimbingan Gustavo Alfaro itu kemudiannya mengendurkan asakan dan lebih banyak mengawal permainan sebelum pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat. – KOSMO! ONLINE


Piala Dunia: Qatar bukan tandingan Ecuador 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo