Infotainment

Pihak Berkuasa Thailand Dakwa Azi Mungkin Sudah Dibawa Jauh Ke Bangkok Atau Sempadan Myanmar

Pihak Berkuasa Thailand Dakwa Azi Mungkin Sudah Dibawa Jauh Ke Bangkok Atau Sempadan Myanmar
Pihak Berkuasa Thailand Dakwa Azi Mungkin Sudah Dibawa Jauh Ke Bangkok Atau Sempadan Myanmar 1

Sudah hampir lima hari seorang ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, didakwa diculik sekumpulan lelaki ke negara jiran. Sehingga kini, polis Thailand masih giat meneruskan operasi mengesannya.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Artikel Berkaitan:

Memetik laporan terkini Buletin TV3, pihak berkuasa Thailand melakukan pencarian di banyak premis termasuk semua resort di Narathiwat yang dikenali pasti dijadikan tempat persembunyian.

“Sejak hari pertama kehilangan mangsa lagi kami menjalankan operasi mengesan selama 24 jam namun setakat ini pencarian masih belum berhasil.

“Serbuan sudah dibuat di semua premis yang boleh dijadikan tempat persembunyian termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber juga memberitahu, mereka tidak menolak ada kemungkinan mangsa sudah dibawa lebih jauh iaitu Bangkok atau sempadan Thailand-Myanmar.

Dalam kejadian jam 5.10 petang Selasa lalu, wanita itu diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.

Mangsa itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

Susulan itu, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa yang mempunyai dua rekod jenayah lampau dalam aktiviti sindiket dadah dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.


Pihak Berkuasa Thailand Dakwa Azi Mungkin Sudah Dibawa Jauh Ke Bangkok Atau Sempadan Myanmar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list