Berita

PKP bukan halangan, lebih 30 usahawan kongsi rahsia bergelar jutawan

PKP bukan halangan, lebih 30 usahawan kongsi rahsia bergelar jutawan 2

PERTUMBUHAN ekonomi negara menyaksikan penyusutan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak awal tahun lalu.

Lebih menyedihkan, ramai terjejas teruk apabila banyak syarikat terpaksa memberhentikan pekerja dan menutup operasi perniagaan.

Dalam tempoh mencabar ini golongan terjejas seharusnya tidak berputus asa, sebaliknya perlu mencari cara untuk terus meraih pendapatan.

Tinjauan Harian Metro secara dalam talian mendapati lebih ramai pengguna maya mula mengusahakan perniagaan sendiri.

Namun, tanpa ilmu dan strategi tepat, impian untuk mengemudi perniagaan baharu sudah tentu sukar dilaksana.

Sebagai persediaan, usahawan disaran melengkapkan diri dengan ilmu keusahawanan supaya perniagaan mereka berdaya tahan dan terus berkembang.

Seiring keperluan itu, nama Pengasas Richworks International dan Mentor Datuk Wira Dr Azizan Osman kembali menjadi sebutan.

Diiktiraf jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG), keupayaan beliau membantu usahawan tempatan sehingga berjaya bergelar jutawan ternyata mengagumkan.

Ikuti kupasan ringkas kisah kejayaan tiga usahawan bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk dijadikan inspirasi bersama.

1. Buat perubahan demi keluarga – Sabella

Image

Kesempitan hidup membuatkan pasangan suami isteri Mohd Sufian Sulaiman dan Siti Fatimah Abd Samat tekad memulakan perniagaan sendiri.

Hanya bermula dengan sebuah mesin jahit, kini Sabella Holding Sdn Bhd memiliki 3 gudang sendiri bagi memenuhi permintaan pasaran dengan pengeluaran 30,000 pasang baju sehari.

Ditanya mengenai rahsia kejayaan, Mohd Sufian berkata Sabella bangkit hasil didikan dan bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman.

“Sejak dahulu lagi, Datuk Wira Dr Azizan Osman tanpa henti membantu masyarakat di luar sana untuk mengubah kehidupan,” katanya.

2. Dahulu guru, kini usahawan berjaya – Hasnuri

Image

Siapa sangka seorang guru sekolah kini boleh tersenyum bangga dengan pencapaian perniagaan baju kurung jenama Hasnuri.

Lebih mengagumkan, jenama itu juga mendapat permintaan tinggi dan berjaya menjana hasil jualan mencecah jutaan ringgit.

Pengasasnya, Mohd Hasbullah Awang @ Hassan dan Nuriah Zakaria, berkata mereka percaya bahawa ilmu dan didikan mampu mengubah hidup serta membantu lebih ramai masyarakat.

“Perkongsian ilmu oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman menjadi bukti bahawa semua orang mampu mengubah hidup daripada biasa kepada luar biasa,” kata Hasbullah.

3. Saya ada mentor terbaik – Najib Asaddok

Image

Nama pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd, Najib Asaddok tidak asing lagi dalam kalangan usahawan di negara ini.

Namun, di sebalik kehebatannya membantu usahawan tempatan, ternyata ada insan hebat yang setia mendengar dan mendidik.

Berkongsi mengenai mentornya, Najib berkata jasa baik dan sokongan Datuk Wira Dr Azizan Osman memang tidak ternilai.

“Beliau tidak merangka saya untuk menjadi sepertinya, tetapi saya diajar menjadi lebih baik dalam versi saya sendiri,” katanya.

Berani buat perubahan

Kejayaan tiga usahawan di atas tidak datang dengan mudah, ia berkat kegigihan dan usaha mereka untuk menimba ilmu sekali gus berani membuat perubahan hidup.

Sejak 2008, Datuk Wira Dr Azizan Osman berjaya membantu lebih 1.1 juta peserta menerusi program dianjurkan Richworks International.

Menariknya, tahun 2020, seramai 777 usahawan bimbingannya yang sudah bergelar jutawan berjaya mencecah jualan terkumpul sebanyak RM 2 bilion.

Rebut peluang jadi luar biasa

Image

Tidak kira sama ada baru bermula atau sudah bertahun lama memiliki perniagaan, setiap orang pasti mengimpikan empayar perniagaan yang hebat seperti mereka.

Justeru, Richworks International menjemput masyarakat Malaysia terutamanya usahawan dan bakal usahawan untuk membuat perubahan hidup dengan menyertai seminar dalam talian, Bina Bisnes Berjaya pada 20 Februari ini.

Bukan itu sahaja, anda juga layak menyertai ‘Program Your 1st Million Summit’ selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Februari 2021.

Justeru jangan lepaskan peluang keemasan kerana program ini ditawarkan secara percuma untuk semua!

Selama hampir 13 tahun, formula Bina Bisnes Berjaya membantu lebih 1.1 juta peserta dan usahawan.

Malah tahun lepas, 777 perniagaan kecil dan sederhana (PKS) berjaya mencapai jumlah jualan terkumpul sebanyak RM 2 bilion, minimum dua kali ganda, hasil bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam masa satu hingga tiga tahun menerusi formula sama.

Tidak dinafikan banyak bisnes yang dibimbing rapi ini bermula dari kosong hingga berjaya mencecah jualan jutaan ringgit hari ini.

Untuk mendaftar, layari www.binabisnesberjaya.com dan ikuti perkembangan terkini di Facebook Azizan Osman atau Instagram Azizan Osman.



PKP bukan halangan, lebih 30 usahawan kongsi rahsia bergelar jutawan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo