Berita

PKPD bandar Muadzam Shah tamat awal

PKPD bandar Muadzam Shah tamat awal 2

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang ditamatkan esok iaitu dua hari awal berbanding tarikh asal.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan bermula 9 Februari 2021 dan dijadualkan tamat pada 22 Februari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan kerajaan menamatkan PKPD itu lebih awal dari tarikh asal selepas penilaian risiko dilaksanakan.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan 886 saringan dan daripada jumlah itu, 36 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Namun, KKM mengesahkan jangkitan di lokaliti ini adalah terkawal dengan kes positif terakhir direkodkan pada 4 Februari 2021 yang lalu dan tiada lagi sampel saringan yang menunggu keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Mengenai operasi sanitasi awam, katanya, semalam sebanyak 114 operasi sanitasi dilakukan.

“Operasi ini meliputi 32 zon merah, sembilan zon jingga, 13 zon kuning dan satu zon hijau di seluruh negara.

“Operasi sanitasi membabitkan 627 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 190 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi (12) serta 117 buah jentera JBPM.

“Secara kumulatifnya, sebanyak 16,704 operasi sanitasi yang merangkumi 146 zon dilakukan sejak 30 Mac 2020,” katanya.

Menurutnya, operasi sanitasi adalah membabitkan pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasar raya dan bangunan kerajaan.

Sementara itu, katanya, semalam, seramai 1,416 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

“Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 125,839 individu sudah pulang ke tanah air dan semua ditempatkan di 74 hotel dan 12 Institut Latihan Awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 6,211 individu dikuarantin dan seramai 118,993 dibenarkan pulang manakala 635 lagi dibawa ke hospital,” katanya.

Katanya, semalam juga seramai 12,763 warga asing menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 27 didapati positif.

Menurutnya, secara kumulatif Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 412,925 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan Covid-19 yang membabitkan 19,721 majikan.

“Daripada jumlah ini, seramai 7,580 disahkan positif manakala 405,345 lagi adalah negatif. Sehingga kini juga, sebanyak 1,449 klinik terbabit dengan program saringan ini.

“Seperti yang diumumkan, ujian saringan Covid-19 adalah diwajibkan kepada semua pekerja warga asing mulai 1 Februari 2021,” katanya.

Selain itu, katanya semalam, penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melakukan 56 pemeriksaan di tapak binaan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, semua 56 tapak binaan beroperasi dengan mematuhi SOP.

“Secara keseluruhannya, CIDB sudah melakukan 15,575 pemeriksaan melibatkan 8,808 tapak binaan sejak 20 April 2020.

“Sementara itu, pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

“Semalam, KPDNHEP membuat 744 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri peruncit (557), pemborong (155) dan pengilang (32),” katanya.

Mengulas lanjut katanya, KPDNHEP juga sudah melakukan 1,657 pemeriksaan khas pematuhan SOP.

Menurutnya, daripada jumlah itu 1,648 premis mematuhi SOP, lima diberi nasihat, satu dikenakan amaran manakala tiga lagi premis dikompaun.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • PKPD bandar Muadzam Shah tamat awal 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo