Artikel Terkini

PM akui kecewa rakan rapat digugurkan sebagai calon

PM akui kecewa rakan rapat digugurkan sebagai calon
PM akui kecewa rakan rapat digugurkan sebagai calon 1

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara terbuka mengakui beliau berasa sedih dan kecewa kerana beberapa muka lama Barisan Nasional (BN) tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, muka lama yang digugurkan daripada menjadi calon BN itu adalah rakan-rakan rapat beliau yang boleh menang jika dicalonkan.

“Saya sedih dan agak kecewa. Biar saya berterus terang. Mereka adalah rakan-rakan rapat saya. Menteri Kabinet saya, Timbalan Menteri Kabinet, saya memang agak kesal dan sedih,” katanya dalam program Ruang Bicara Khas Kestabilan & Kemakmuran Bersama Perdana Menteri malam ini.

Ismail Sabri yang kekal bertanding di kerusi Parlimen Bera berkata, bagaimanapun lebih penting bukan menangisi pemergian mereka sehingga menyebabkan BN tidak boleh bekerja kerana yang penting adalah kemenangan dalam PRU15.

Justeru, katanya, beliau telah memujuk rakan-rakannya yang terkesan itu bahawa perjalanan mereka masih jauh.

“Kita daripada kalah, sekarang kita berjuang untuk mencapai kemenangan dan daripada parti yang kalah pada PRU14 dan kita bernasib baik dapat menguasai kerajaan ini.

“Bukan melalui pilihan raya, tetapi melalui strategi-strategi yang semua orang pun tahu apa yang telah berlaku. Jadi apa yang penting adalah parti kita menguasai semula kerajaan dan kita nak supaya kita dominan,” ujarnya.

Jelas beliau, jika BN menangisi sesuatu yang hilang tanpa bergerak untuk ke arah kemenangan tidak akan memberi apa-apa makna.

“Pastinya rakan-rakan bersetuju solidariti mesti diperkukuhkan, ketepikan apa yang berlaku, yang penting fokus untuk memenangi PRU.

“Walaupun saya agak kecewa, sedih kerana tindakan yang berlaku menyebabkan kawan-kawan saya yang “winnable” juga tergugur, itu tidak menjadi halangan kita terus bergerak ke arah kemenangan,” katanya.

Antara muka lama digugurkan menjadi calon BN pada PRU kali ini termasuk penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim (Parlimen Arau).

Turut digugurkan sebagai calon ialah Tan Sri Noh Omar (Parlimen Tanjung Karang) dan Datuk Zahidi Zainul Abidin (Parlimen Padang Besar).

Shahidan namun tetap bertanding di Parlimen Arau dibawah tiket Perikatan Nasional (PN), manakala Zahidi bertanding di Parlimen Padang Besar sebagai calon Bebas. – KOSMO! ONLINE


PM akui kecewa rakan rapat digugurkan sebagai calon 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo