Infotainment

PM Baharu Tidak Boleh Ada Cita-Cita Politik Jangka Panjang – Johari Ghani

PM Baharu Tidak Boleh Ada Cita-Cita Politik Jangka Panjang – Johari Ghani
PM Baharu Tidak Boleh Ada Cita-Cita Politik Jangka Panjang – Johari Ghani 1
August 18th, 2021 | by Wan

Kini Trending

PM Baharu Tidak Boleh Ada Cita-Cita Politik Jangka Panjang – Johari Ghani 2

Berita peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari nyata menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan rakyat Malaysia. Muhyiddin dalam satu kenyataan mengakui hilang sokongan majoriti di parlimen dan terpaksa meletakkan jawatan mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Sejurus peletakan jawatan itu, teka-teka siapakah calon Perdana Menteri baharu terus hangat diperkatakan. Namun media melaporkan semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya menghantar surat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9.

PM Baharu Tidak Boleh Ada Cita-Cita Politik Jangka Panjang – Johari Ghani 4

Bercakap kepada FMT, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berharap polemik pelantikan Perdana Menteri baharu ini dapat diselesaikan dengan segera agar fokus untuk memulihkan ekonomi negara boleh diteruskan.

Jumlah pengangguran meningkat, gaji serta jumlah pendapatan isi rumah menjunam  dan penggunaan dan pelaburan semakin perlahan. Kita kena atasi semua ini dengan cepat.

Bekas Menteri Kewangan II itu berkata, amat sukar untuk negara kembali pulih dan maju ke hadapan jika masalah pada ketika ini tidak diatasi dengan segera.

Individu yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri nanti seharusnya tidak memiliki cita-cita politik yang terlalu tinggi melebihi tempoh penggal parlimen yang ada. Beliau juga berharap semua pemimpin politik yang dipilih nanti mengutamakan pembangunan negara berbanding ideologi parti dan cita-cita peribadi.

Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Titiwangsa berkata pentadbiran baru yang bakal dibentuk nanti perlu memberi tumpuan kepada empat perkara iaitu pandemik Covid-19, kesihatan dan kebajikan rakyat, perbelanjaan negara dan menyemarakkan ekonomi.

Sumber: Free Malaysia Today


PM Baharu Tidak Boleh Ada Cita-Cita Politik Jangka Panjang – Johari Ghani 6

The following two tabs change content below.


PM Baharu Tidak Boleh Ada Cita-Cita Politik Jangka Panjang – Johari Ghani 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo