Artikel Terkini

PM ucap takziah atas pemergian ibu Dr. Wan Azizah

PM ucap takziah atas pemergian ibu Dr. Wan Azizah
PM ucap takziah atas pemergian ibu Dr. Wan Azizah 1

PUTRAJAYA-Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atas pemergian ibunya, Datin Mariah Khamis tadi.

Menerusi ciapan di laman Twitter Ismail Sabri, beliau yang mewakili Keluarga Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Dr. Wan Azizah atas kehilangan bonda tercinta.

“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” cipanya secara ringkas tadi.

Terdahulu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkongsi berita sedih itu melalui hantaran Facebook.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dimaklumkan bonda mama tersayang, Datin Hajah Mariah Khamis telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga Allahyarhamah nenek ditempatkan dalam kalangan para salihin, diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat husnul khatimah. ‘We love you’ grandma. Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa solat jenazah ibu mertuanya dijadualkan pada pukul 11.30 pagi ini di Masjid Al Mustaqim, Ampang.

Susulan itu, Anwar juga mengumumkan pembatalan jelajah politik ke Miri dan Kuching, Sarawak yang dijadualkan hari ini.

“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching.

“Kita akan berjumpa lagi di lain waktu, insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE


PM ucap takziah atas pemergian ibu Dr. Wan Azizah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo