Artikel Terkini

Polis siasat kes tular salah faham, isu dera anjing

Polis siasat kes tular salah faham, isu dera anjing
Polis siasat kes tular salah faham, isu dera anjing 1

KAJANG – Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kes tular perselisihan faham antara penduduk dalam isu kejadian penderaan anjing di Bandar Teknologi Kajang di sini, tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima dua laporan berasingan daripada seorang wanita pada 16 September dan seorang lelaki pada 17 September lalu.

Pada laporan pertama, katanya, wanita tersebut mendakwa melihat seorang lelaki tempatan telah melastik anjing liar yang berada di kawasan hadapan rumahnya.

“Kemudian, suami kepada pengadu pergi ke rumah lelaki tersebut untuk menegur, namun telah menyebabkan berlaku pertengkaran mulut.

“Laporan kedua pula melibatkan satu klip video yang tular dipercayai berlaku 17 September lalu sekitar pukul 8.55 malam apabila pengadu telah dicekik di bahagian leher baju oleh salah seorang lelaki lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan / 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Manakala kes kedua disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan / 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Insp. Muhamad Ali di 019-8660324,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Polis siasat kes tular salah faham, isu dera anjing 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list