Infotainment

Polis Siasat Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza

Polis Siasat Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza 2

Selepas beberapa berlalu, polis membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis tahnik anak Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata siasatan dijalankan di bawah susulan satu laporan polis dibuat berkaitan isu tersebut. Setakat ini pihaknya telah mengenal pasti penganjur majlis dan dipanggil untuk diambil keterangan.

BACA: Siti Nurhaliza, Datuk K Mohon Maaf

“Ini susulan satu artikel berkaitan ketidakpuasan hati netizen dalam satu majlis yang mendakwa berlaku pelanggaran SOP serta beberapa gambar di dalam artikel tersebut menunjukkan kehadiran beberapa orang kenamaan (VVIP) dan penceramah agama terkenal ke majlis tersebut.

“Di dalam artikel tersebut juga telah menyatakan bahawa VVIP dan penceramah jemputan telah hadir ke majlis tanpa kelulusan dari pihak polis untuk merentas negeri di atas alasan mereka tinggal di luar kawasan,” katanya.

Terdahulu, rata-rata netizen mempersoalkan kehadiran individu-individu ternama ke majlis tahnik yang diadakan oleh penyanyi itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila tetamu didakwa dibenar merentas negeri untuk hadir ke majlis tersebut.

Antara individu yang hadir di majlis tersebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.



Polis Siasat Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo