Berita

Polis tahan bekas presiden Barca

Polis tahan bekas presiden Barca 2

Barcelona: Bekas presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu ditahan polis bagi membantu siasatan mengenai skandal Barcagate, menurut sumber rapat kes itu kepada AFP.

Bartomeu yang meletakkan jawatan sebagai presiden pada Oktober lalu antara empat yang ditahan hanya enam hari lagi menjelang pemilihan presiden baharu pada Ahad ini.

Ketua Eksekutif Barcelona sekarang, Oscar Grau, ketua perundangan, Roma Gomez Ponti dan penasihat Bartomeu, Jaume Masferrer turut ditahan polis Catalan yang menggeledah ibu pejabat kelab semalam.

Grau and Gomez Ponti dibebaskan petang semalam tetapi Bartomeu dan Masferrer terpaksa bermalam di lokap Balai Polis Barcelona, menurut media Sepanyol.

Polis Catalan, Mossos d’Esquadra berkata dalam satu kenyataan, penahanan itu sebahagian daripada proses siasatan berkaitan jenayah berkaitan harta dan kewangan yang berlarutan hampir setahun.

Barcelona dalam kenyataannya berkata, operasi itu berkaitan dengan kontroversi Barcagate tahun lalu ketika kelab dituduh menyembunyikan bayaran kepada syarikat 13 Ventures yang dilantik khusus menaikkan imej Bartomeu di media sosial.

Antara kempen di media sosial itu termasuklah mengkritik pemain dan bekas pemain seperti Lionel Messi, Pep Guardiola dan Xavi Hernandez. Messi menganggap kontroversi itu sebagai pelik ketika ditemuramah akhbar Catalan, Mundo Deportivo.

“FC Barcelona sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak perundangan dan polis bagi memberikan maklumat bergantung kepada proses siasatan,” kata kelab dalam kenyataannya.

Pengganti Bartomeu bakal dipilih Ahad ini apabila ahli kelab memilih antara tiga calon akhir, Joan Laporta, Toni Freixa dan Victor Font.

Polis tahan bekas presiden Barca 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo