Infotainment

“Popular Tapi Kalau Peminat Tak Undi, Tak Layak Menang”


Dinobat Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 pada Jumaat lalu, nama Chubb-E menjadi bualan ramai apabila ramai yang mengatakan mereka tidak mengenali penyanyi dan rapper tersebut.

Tidak mudah melatah dengan kritikan, Chubb-E berkata kemenangannya itu adalah rezeki daripada Allah dan tidak wajar dipertikaikan. Katanya lagi, dia mahu semua pihak menghormati format pertandingan itu berdasarkan undian peminat.

BACA: Menang Artis Baru Lelaki Popular, Netizen Persoal Siapa Chubb-E

“Alhamdulillah, syukur. Sikit pun tak rasa saya akan menang. Apa saya tahu, usaha saya untuk meminta peminat mengundi sudah dibuat dengan terbaik. Mereka terutama kelab peminat Chubbs Masterpiece tidak henti mengundi.

“Malah, dari awal tak jangka akan menang sebab calon lain adalah artis hebat dan lebih popular daripada saya. Tapi, ini bukan dirancang. Saya tak minta untuk menang. Saya menang pun adalah rezeki daripada Allah. Tak boleh nak buat apa dan tolak.

“Sebenarnya warganet pun tak boleh nak cakap begitu. Disebabkan mereka tak kenal saya, saya tak patut menang. Saya berbalik kepada rezeki. Ini semua kerja Tuhan. Kepada yang kecam, macam mana sekali pun tak boleh putar balik masa. Ini rezeki saya,” katanya.

Sudah lapan tahun berada dalam industri hiburan tanah air, Chubb-E berkata dia mempunyai kelompok peminat tersendiri. Ujarnya, jika seseorang itu popular namun peminat tidak mengundi bermakna tidak layak menang.

“Rezeki saya, walaupun orang cakap saya tak layak dan kurang popular, mungkin saya popular di saluran lain. Tapi rezeki dah berpihak pada saya. Allah dah tulis. Kadang orang nak pertikaikan perkara ini seperti mempertikaikan rezeki Allah.

“Bagi saya ia tak patut. Tapi saya faham, saya tak popular dan cukup syarat nak menang. Tapi, pada akhirnya ini adalah kuasa undian. Daripada undi tentukan segalanya.

“Walaupun popular dan peminat tahu popular, jadi tak perlu nak undi. Dan anggap akan menang. Cuma, dalam industri ini saya sudah lali. Buat benda betul tetap dianggap salah, buat salah lagilah nampak salah. Sama juga macam dalam perkara ini. Saya menang pun salah. Apa pun, saya bersyukur ini adalah rezeki saya,” katanya.





Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo