Artikel Terkini

Prabakaran tak boleh dibeli dengan wang, kata Anwar

Prabakaran tak boleh dibeli dengan wang, kata Anwar
Prabakaran tak boleh dibeli dengan wang, kata Anwar 1

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran sebagai anak muda yang berprinsip dan bermaruah.

Katanya, pemuda itu sangat berani dan tegas apabila menolak tawaran RM10 juta untuk melompat parti.

Sambil berseloroh, Anwar menyifatkan Prabakaran sebagai anak Sivaji The Boss yang merujuk kepada sebuah filem tamil yang menampilkan hero yang melawan kerajaan rasuah.

Prabakaran tak boleh dibeli dengan wang, kata Anwar 2
Calon Pakatan Harapan P.115, P. Prabakaran berucap ketika Jelajah Mega Harapan Batu di Taman Datuk Senu Sentul, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 15 NOVEMBER 2022.

“Dulu semasa ramai orang menjadi pengkhianat, tahu tak berapa ramai yang cari Prabakaran. Mereka nak bagi dia duit dan jawatan tetapi saya katakan pada beliau untuk pergi dulu ‘layan’ mereka dan kemudian lapor pada saya.

“Dia datang lapor juga kepada saya dan dia tolak tawaran itu sebab dia berprinsip tak mahu khianati pengundi Batu yang pilih dia dan menaruh kepercayaan terhadapnya. Ini baru Sivaji punya anak, beliau tidak boleh dibeli sebab itu saya kata Prabakaran perlu bertanding di Parlimen Batu,” katanya semasa berucap di Jelajah Mega Harapan Batu, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar percaya dengana kebolehan Prabakaran untuk mempertahankan  kerusi Parlimen Batu walaupun berdepan saingan10 penjuru.

“Prabakaran bukan saja boleh menang di sini tetapi akan mendapat majoriti besar. Orang Batu ada jasa sekiranya saya boleh mengangkat sumpah esok sebagai Perdana Menteri, salah satu sebabnya adalah warga Batu sumbang kerusi.

“Pemimpim UMNO kaya, MIC kaya tapi orang India paling miskin di negara ini kalau kalau saya jadi Ketua parti India saya akan rasa malu kerana rakyat India saya paling miskin,”katanya lagi.- MalaysiaGazette

 

Prabakaran tak boleh dibeli dengan wang, kata Anwar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo